Tuesday, 8 January 2013

(008) RAJA-RAJA TARUMANAGARA (358-669M)

348M
MAHARESI JAYASINGHAWARMAN dari keturunan KERAJAAN SALANKAYANA (INDIA) yang tewas kepada MAHARAJA SAMUDRAGUPTA dari KERAJAAN MAURYA (INDIA) bersama pengiring, tentera, dan para pengikut setianya telah melarikan diri dari INDIA ke PULAU JAWA, dan menetap di CI TARUM di bawah kuasa DEWAWARMAN VIII (RAJA SALAKANAGARA).  MAHARESI JAYASINGHAWARMAN akhirnya menjadi menantu kepada DEWAWARMAN VIII.

358M
MAHARESI JAYASINGHAWARMAN kemudian memperluaskan KERAJAAN SALAKANAGARA, dan beliau telah mendirikan kerajaan baru yang diberi nama TARUMANAGARA, serta dilantik sebagai RAJA TARUMANAGARA I dengan gelaran JAYASINGHAWARMAN GURUDHARMAPURUSA - memerintah selama 24 tahun (358-382M).  

382M
Putera sulong Maharesi Jayasinghawarman yang bernama RAJARESI DHARMAYAWARMAN menjadi RAJA TARUMANAGARA II (382-395M) sekaligus menjadi KETUA AGAMA bagi TARUMANAGARA.

395M
Putera sulong Rajaresi Dharmayarwarman bernama PURNAWARMAN dilantik menjadi RAJA TARUMANAGARA III (395-434M) dengan gelaran SRI MAHARAJA PURNAWARMAN SANG ISWARA DIGWIJAYA. 

434M
Putera sulong Purnawarman yang bernama WISNUWARMAN dilantik menjadi RAJA TARUMANAGARA IV (434-455M) dengan gelaran SRI MAHARAJA WISNUWARMAN ISWARA DIGWIJAYA TUNGGAL JAGATPATI SANG PURANDARASUTAH.

455M
Putera sulong Wisnuwarman yang bernama INDRAWARMAN dilantik menjadi RAJA TARUMANAGARA V (455-515M) dengan gelaran SRI MAHARAJA INDRAWARMAN SANG PARAMARTHA SAKTIMAHAPRAHBAWA LINGGA TRIWIKRAMA BHUWATALA.

515M
Putera sulong Indrawarman yang bernama CANDRAWARMAN dilantik menjadi RAJA TARUMANAGARA VI (515-535M) dengan gelaran SRI MAHARAJA CANDRAWARMAN SANG HARIWANGSA PURUSASAKTI  SURALAGAWAGENGPARAMARTHA.

535M
Putera sulong Candrawarman yang bernama SURYAWARMAN dilantik menjadi RAJA TARUMANAGARA VII (535-561M) dengan gelaran SRI SURYAWARMAN SANG MAHAPURUSA BHIMAPARAKRAMA HARIWANGSA DIGWIJAYA.

561M

Putera sulong Suryawarman yang bernama KERTAWARMAN dilantik menjadi RAJA TARUMANAGARA VIII (561-628M) dengan gelaran SRI MAHARAJA KERTAWARMAN MAHAPURUSA HARIWANGSA DIGWIJAYA SAKALABHUMUNDALA.

628M
Adik Kertawarman yang bernama SUDAWARMAN dilantik menjadi RAJA TARUMNAGARA IX (628-639M) dengan gelaran SRI MAHARAJA SUDAWARMAN MAHAPURUSA SANG PARAMARTHARESI kerana abangnya Kertawarman tidak mempunyai zuriat daripada dua isterinya.  SUDAWARMAN seorang yang kuat beragama Hindu, dan sebelum menjadi raja, tinggal di India dan berkahwin dengan adik kepada MAHENDRAWARMAN (RAJA PALAWA - INDIA) - ada seorang putera bernama DEWAMURTI. 


639M
Putera Sudarwarman yang bernama DEWAMURTI telah dilantik sebagai RAJA TARMUNAGARA X (639-640M) dengan gelaran SRI MAHARAJA DEWAMURTYATMA HARIWANGSAWARMAN DIGWIJAYA BHIMAPARAKRAMA. Pemerintahannya agak zalim, lalu raja ini berhasil dibunuh oleh BRAJAGIRI (Anak Angkat KERTAWARMAN). Namun begitu, BRAJAGIRI berjaya ditangkap oleh menantu DEWAMURTI yang bernama NAGAJAYA (RAJA CUPUNAGARA).

640M
NAGAJAYA menantu DEWAMURTI telah dilantik sebagai RAJA TARUMANAGARA XI (640-666M) dengan gelaran SRI MAHARAJA NAGAYAWARMAN DHARMASATYA CUPUJAYASATRU.

666M
Putera sulong Nagajaya yang bernama LINGGAWARMAN telah dilantik sebagai RAJA TARUMNAGARA XII (666-669M) dengan gelaran SRI MAHARAJA LINGGAWARMAN ATMAHARIWANGSA PUNUNGGALAN TIRTHABHUMI.  LINGGAWARMAN telah berkahwin dengan GANGGASARI (Puteri PRABHU WISNUMURTI - INDRAPRAHASTA) - lahirkan 2 orang puteri : DEWI MANASIH yang dikahwini oleh TARUSBAWA, dan DEWI SOBAKANCANA yang dikahwini oleh SRI JAYANASA (PENGASAS KERAJAAN SRIWIJAYA).

669M
DEWI MANASIH, puteri LINGGAWARMAN telah dilantik menjadi RAJA TARUMANAGARA XIII (669-670M), tetapi Tarumanagara yang mula lemah ketika itu diperintah oleh TARUSBAWA.  

670M
TARUSBAWA yang bercita-cita tinggi dalam kerjaya politik telah mengubah nama KERAJAAN TARUMANAGARA kepada nama baru - KERAJAAN SUNDA. 

Sumber :
Ayatrohaedi ( 2005), Sundakala,  Jakarta ; PT Dunia Pustaka Jaya

No comments:

Post a Comment