1286M
Diriwayatkan bahawa seorang RAJA MELAYU bernama SRIMAT TRIBHUWANARAJA MAULIWARMADEWA telah
memerintah KERAJAAN MELAYU berpusat pada awalnya di PALEMBANG kemudian berpindah ke DHAMARASRAYA@JAMBI. Pengarang SULALATUS-SALATIN menggelar nama RAJA MELAYU itu SRI TRI
BUANA..
Pada suatu hari, SRI TRI BUANA berfikir hendak mencari tempat berbuat NEGERI kerana PALEMBANG (termasuk JAMBI) baginda tiada berkenan; lagi pula Baginda ingin melihat laut. Maka disuruh panggil DEMANG LEBAR DAUN. Kata Baginda, “Apa bicara paman, adalah hamba ini hendak bermain-main mengikut laut.". Maka sembah DEMANG LEBAR DAUN, “Baiklah tuanku, jikalau DULI YANG DIPERTUAN akan berangkat, patik mengiringilah kerana patik tiada dapat bercerai
(berpisah) dengan DULI TUANKU".
Setelah
keluar dari KUALA PALEMBANG, menyeberang ke SELAT SEPAT lalu ke SELAT SAMBAR
(Kepulauan Riau). Maka berita ini kedengaranlah ke BENTAN mengatakan : “RAJA dari
BUKIT SIGUNTANG, bangsanya dari RAJA ISKANDAR ZULQARNAIN itu datang. Lalu, SRI TRI BUANA disambut secara besar-besaran oleh WAN SERI BENI, dan MENTERI BUPALA.
Sulalatus-Salatin menukilkan (2000 : 34) :
".............Demang Mangku Raja (saudara Demang Lebar Daun) menyandang pedang badram belawa dengan segaa penjawat baginda berjalan di hadapan gajah; Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala memegang gading kiri. Maka, payung iram-iram kerajaan (warna putih) pun terkembanglah empat; serta cogan kerajaan, juga panji-panji alam pun terdirilah. Maka diarak oranglah Baginda (Sri Tri Buana) masuk ke dalam KOTA BENTAN dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala menteri dan hulubalang kedua-dua buah negeri itu". :
Sumber :

A. Samad Ahmad (2000), Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka..
No comments:
Post a Comment