Wednesday 2 January 2013

(002) NUSANTARA

Takrif
NUSANTARA ialah kata majmuk yang berasal daripada dua patah perkataan Jawa Kuno, iaitu : NUSA bermakna PULAU, manakala ANTARA membawa maksud LAIN. Jadi, NUSANTARA membawa maksud : GUGUSAN PULAU-PULAU atau GUGUSAN KEPULAUAN

Dalam penggunaan Bahasa Moden, istilah NUSANTARA merujuk kepada lingkungan pengaruh KEBUDAYAAN dan LINGUISTIK orang MELAYU yang merangkumi : KEPULAUAN INDONESIA, SEMENANJUNG TANAH MELAYU (MALAYSIA), SINGAPURA, SELATAN THAILAND, FILIPINA, BRUNEI, TIMJUT TIMOR, tetapi tidak termasuk PAPUA NEW GUINEA.

Istilah padanan NUSANTARA dalam BAHASA MELAYU ialah ALAM MELAYU. 

Bahasa
Kebanyakan bahasa yang dipertuturkan di WILAYAH NUSANTARA merupakan sebahagian keluarga BAHASA MELAYU-POLINESIA, termasuk Bahasa Tagalog (Filipina), Bahasa Jawa (Pulau Jawa), Bahasa Melayu (Malaysia, Singapura, dan Brunei), dan Bahasa Indonesia (Indonesia).

Kebudayaan
Cara hidup MANUSIA NUSANTARA ribuan tahun dahulu banyak dipengaruhi oleh agama yang mereka anuti bermula dari AGAMA ANIMISM, AGAMA HINDU, AGAMA BUDDHA, dan AGAMA ISLAM di samping AGAMA KRISTIAN apabila berlaku penjajahan Barat di NUSANTARA.


Kepelbagaian BAHASA dan KEBUDAYAAN yang dialami oleh NUSANTARA, menjadikan WILAYAH   ASAL  MASYARAKAT PRIBUMI  NUSANTARA sebagai BUMI YANG UNIK dan BERDAULAT.. 

No comments:

Post a Comment