Saturday 23 February 2013

(0066) PAHANG DI BAWAH TAKLUK RAJA ACEH (1618-1641M)

1615M
RAJA BUJANG (Putera SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III - Raja Johor-Riau) telah dihantar untuk menerajui TAKHTA PAHANG menggantikan Putera Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah (SP XII, 1592-1614M) yang merampas kuasa.

1618M
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH (Raja Aceh Ke-22, 1607-1636M) telah menyerang PEKAN (Hilir Pahang), dan menakluk Pahang setelah RAJA PAHANG kalah berperang.  Meskipun begitu,  sewaktu serangan dan penaklukan Pahang oleh RAJA ACEH ini, ULU PAHANG, khasnya JELAI dan LIPIS di bawah pemerintahan SERI MAHARAJA PERBA@MAHAJA PERBA tidak tergugat sama sekali kerana lokasi Ulu Pahang yang terlalu jauh di pedalaman lagi penuh berbahaya.


FOTO 1 :
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
RAJA ACEH KE-22, 1607-1636M

Natijah buruan Aceh, RAJA BUJANG (RAJA PAHANG - keturunan Raja Johor-Riau) sempat melarikan diri ke PULAU LINGGA. Ayahanda mertua baginda, SULTAN AHMAD@RAJA ABDULLAH (SP XI, 1590-1591M), dan puteranya RAJA MUGHAL serta 10,000 RAKYAT PAHANG telah dibawa ke ACEH.

Serangan dan Penaklukan oleh ACEH terhadap HILIR PAHANG, terutama KOTARAJAPEKAN menyebabkan ramai para Pembesar Pahang, para Pahlawan@Panglima Pahang, dan rakyat jelata yang terbunuh di samping 10,000 orang rakyat Pahang dibawa ke ACEH.  Sebahagian rakyat HILIR PAHANG juga tidak diragui lari menyelamatkan diri ke ULU PAHANG menyusur Sg. Jelai dari TEMBELING mudik ke hulu mauk ke wilayah pemerintahan SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA@TO' RAJA, dan menyebabkan jumlah rakyat di ULU PAHANG semakin ramai.   

Waktu ini jugalah SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA dipecayai memperkuatkan benteng pertahanan Ulu Pahang, khasnya di JELAI dengan melatih Pahlawan-Pahlawan Jelai yang gagah perkasa.  Waktu ini jugalah pelbagai jenis PENCAK SILAT diajar dan dikembangkan oleh Mahaguru-Mahaguru Silat.  

1620M

PUTERI SAFIATUDDIN, puteri hasil perkahwinan SULTAN ISKANDAR MUDA-PUTERI SENDI RATNA INDRA kemudiannya dikahwinkan dengan RAJA MUGHAL (Putera Pahang).

1621M
Setelah menjadi menantu Sultan Iskandar Muda, RAJA MUGHAL (Putera Pahang) diangkat menjadi PUTERA MAHKOTA ACEH.

Lewat peristiwa ini, SULTAN ISKANDAR MUDA telah menikahi PUTERI KAMALIAH@JAMALIAH (Permaisuri Sultan Ahmad - Pahang) setelah Sultan Ahmad bersetuju untuk menceraikan isterinya, manakala SULTAN AHMAD - PAHANG pula bersetuju untuk menikahi PUTERI SENDI RATNA INDRA (Permaisuri Sultan Iskandar Muda) setelah Raja Aceh itu menceraikan isterinya. 

Sebagai bukti  cinta SULTAN ISKANDAR MUDA kepada PUTERI PAHANG, yakni PUTERI KAMALIAH@JAMALIAH, Baginda telah membina sebuah TAMAN yang dikenali sebagai BANGUNAN GEGUNONGAN@TAMAN PUTERI PAHANG.



FOTO 2 :  TAMAN PUTERI PAHANG - BANDA ACHEH

Dalam hal ini, tidaklah berlebih-lebihan dikatakan bahawa sebahagian daripada nenek-moyang penduduk Aceh sekarang (abad ke-21M) terdiri daripada RAKYAT PAHANG yang ke Aceh itu.  Justeru, sejak abad ke-17M bermulalah hubungan SOSIO-POLITIK dan SOSIO-BUDAYA antara ACEH-PAHANG.

1636M
RAJA MUGHAL (Putera Pahang) telah didaulatkan sebagai RAJA ACEH kE-23 dengan gelaran SULTAN ISKANDAR THANI (1636-1641M). Baginda seorang raja yang adil, berilmu dan kebijaksanaannya bersandar kepada Al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW.

1641M
SULTAN ISKANDAR THANI - RAJA ACEH mangkat, dan jenazah baginda disemadikan dI MAKAM RAJA-RAJA SEMENANJUNG TANAH MELAYU (Berhampiran dengan TAMAN PUTERI PAHANG).



FOTO 3 : 
MAKAM SULTAN ISKANDAR THANI@RAJA MUGHAL - PUTERA PAHANG (1641M)
BANDA ACEH

Friday 22 February 2013

(0065) RAJA-RAJA PAHANG KETURUNAN RAJA-RAJA MELAKA 1475-1614M)

RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG RAJA-RAJA MELAKA

SULTAN MUHAMMAD SHAH (SP I, 1470-1475M)
SULTAN AHMAD SHAH (SP II, 1475-1494M)
SULTAN ABDUL JAMIL SHAH (SP III, 1494-1512M)
SULTAN MANSUR SHAH (SP IV, 1512-1519M)
SULTAN MAHMUD SHAH (SP V, 1519-1530M)
SULTAN MUZAFFAR SHAH (SP VI, 1530-1545M)
SULTAN ZAINAL ABIDIN (SP VII, 1546-1555M)
SULTAN MANSUR SHAH II (SP VIII, 1555-1560M)
SULTAN ABD JAMAL SHAH (SP IX, 1560-1580M)
SULTAN ABDUL KADIR (SP X, 1580-1590M)

SULTAN AHMAD (SP XI, 1590-1591)
Sewaktu SULTAN AHMAD IBNI SULTAN ABDUL KADIR (Sultan Pahang XI, 1590-1591M - zuriat langsung Raja Melaka) naik takhta Pahang, dan bersemayam di Pekan, berlaku kebanjiran masuk beramai-ramai orang-orang Melayu keturunan Minangkabau melalui Ulu Muar, Bera dan Triang ke Negeri Pahang, dan mereka mula membuat petempatan di sepanjang Sg. Pahang, Sg. Jelai, dan Sg. Tembeling. Di Sg. Jelai, orang-orang Melayu Minangkabau ini membuat petempatan bermula dari muara Sg. Jelai (pertemuan ulu Sg. Pahang dan muara Sg. Tembeling) hingga jauh ke pedalaman LIPIS dan JELAI di sebelah utara.

SULTAN ABDUL GHAFUR MUHIYUDDIN SHAH (SP XII, 1592-1614M)
Sewaktu Pahang dalam pemerintahan Sultan Abdu Ghafuur Muhiyuddin Shah, pada Jun 1613 Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (Raja Aceh) telah menyerang dan menawan Johor.  Sultan Alauddin Riayat Shah III@Raja Mansur, Raja Abdullah (adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III), dan BENDAHARA JOHOR TUN SERI LANANG telah dibawa ke Aceh.  

1614M
Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Syah dan puteranya, Raja Abdullah telah mangkat (1614M) diracun oleh putera sultan yang jahat lakunya. Dengan kemangkatan kedua-dua Putera Pahang ini, maka BERAKHIRLAH PEWARIS RAJA-RAJA PAHANG KETURUNAN LANGSUNG RAJA-RAJA MELAKA.

Wednesday 13 February 2013

Tuesday 5 February 2013

(0047) SULTAN MAHMUD SYAH II@MARHUM MANGKAT DIJULANG - RAJA JOHOR-RIAU X (1685-1699)

FEB. 1685M
Setelah mangkat SULTAN IBRAHIM SHAH, puteranya RAJA MAHMUD yang berusia 10 Tahun diangkat sebagai RAJA JOHOR-RIAU X dengan gelaran SULTAN MAHMUD SHAH II, bersemayam di Riau.

Oleh sebab SULTAN MAHMUD SHAH II masih kecil, maka Bondanya (Anak Paduka Tun Abdul Jamil) yang memangku kerajaan, tetapi orang yang sebenar berkuasa dalam KERAJAAN JOHOR-RIAU ialah PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL mengatasi BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID, dan TEMENGGUNG JOHOR (Anak Paduka Tun Abdul Jamil).

1688M
BENDAHARA TUN HABIB ABDUL MAJID kembali berkuasa setelah PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL dapat disingkirkan daripada kerajaan, dan kemudiannya meninggal dunia di Terengganu.  SULTAN MAHMUD SHAH II yang sudah berusia 13 Tahun selanjutnya telah dibawa bersemayam di KOTA TINGGI oleh Bendahara Johor-Riau. 

1697M 
Sewaktu SULTAN MAHMUD SHAH II berusia 22 Tahun, BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID (Bendahara Johor-Riau) telah kembali ke Rahmatullah, dan beliau dimakamkan di Padang Saujana, Kota Tinggi, Johor. 

Putera Al-Marhum yang bernama TUN ABDUL JALIL kemudian dilantik oleh ORANG-ORANG BESAR JOHOR sebagai BENDAHARA JOHOR-RIAU dengan gelaran BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL.

SULTAN MAHMUD SHAH II, seorang RAJA JOHOR-RIAU yang amat lemah kerana tidak menghiraukan Pentadbiran Kerajaan Johor-Riau.  Segala hal-ehwal pemerintahan kerajaan dijalankan oleh Bendahara Johor-Riau sahaja.

1699M
Ketika usia Baginda 24 Tahun, SULTAN MAHMUD SHAH II mangkat ditikam oleh MEGAT SERI RAMA kerana Baginda telah membunuh isteri Laksamana yang mengidam dan memakan nangka yang dipersembahkan untuk Baginda.

Peristiwa Pembunuhan Sultan Mahmud Shah II

Pembunuhan ini berlaku sewaktu berangkat pulang selepas Solat Jumaat di halaman Istana Kota Tinggi (Johor).  Laksamana Megat Seri Rama yang kematian isteri dibunuh atas titah perintah Sultan Mahmud Shah II yang bersikap zalim dan bengis.  Dengan kemarahan yang amat sangat lalu laksamana itu menikam perut Baginda Sultan semasa berada di atas usongan.  Sewaktu Baginda mahu rebah, sempat Baginda melemparkan keris kecilnya yang bergambar Jawa Demam kena hujung jari induk Megat Seri Rama.   

Baginda Sultan Mahmud Shah II mangkat tidak lama selepas itu, tetapi Megat Seri Rama meninggal dunia 40 hari kemudian setelah mengamok dalam Istana Sultan (Kota Tinggi) sehingga seorang pun keturunan Sultan Mahmud Shah II tidak ditinggalkannya, habis dibunuh semuanya kecuali ISTERI  Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II yang bernama ENCIK PONG (Puteri kepada Dato' Laksamana Maharaja Serkam Johor) yang sempat melarikan diri ke SINGAPURA --- JAMBI --- ke PAGARRUYUNG (MINANGKABAU) di Sumatera.. 

Jenazah Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II dimakamkan di Kota Tinggi dengan penuh Adat-Istiadat Diraja. Bagindalah disebut MARHUM MANGKAT DIJULANG.  Peristiwa ini berlaku sekitar penghujung Bulan Ogos 1699M.  Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun.

Keberanian Megat Seri Rama menderhaka dan seterusnya membunuh Sultan Mahmud Shah II adalah dengan kebenaran BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL (Putera BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID) yang menjadi BENDAHARA JOHOR-RIAU ketika itu seperti yang terkandung dalam Buyong Adil (1980), Sejarah Johor, Kuala Lumpur : DBP.
Maka apabila khabar itu (kematian isteri) kepada suaminya (Megat Seri Rama), maka ia (Megat Seri Rama) pun menangislah serta hilang akalnya, meradang sebab marahnya. Maka lalu dia mendapatlan Dato' Bendahara (Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil), maka dimaklumkan bahawa dia hendak membalas dendam kematian isterinya itu, seraya berkata, "Jikalau Dato' hendak menjadi RAJA. inilah ketikanya, yang diperhamba hendak menderhaka, tiada boleh tiada."  Maka bermesyuaratlah Dato' Bendahara dengan saudaranya Temenggung dan Indera Bongsu, bersatulah mereka membenarkan Megat Seri Rama itu (menderhaka) kerana Orang-Orang Besar Johor pun suka jika Bendahara Johor-Riau menjadi RAJA.  

Monday 4 February 2013

(0046) SULTAN IBRAHIM SHAH - RAJA JOHOR-RIAU VIII (1677-1685M)

1677M
Setelah Sultan Abdul Jalil III@Raja Bujang mangkat (1677M), maka seperti yang telah dipersetuji sebelumnya, maka RAJA IBRAHIM IBNI RAJA BAJAU yang tinggal di Pahang telah ditabalkan menjadi RAJA JOHOR-RIAU bergelar SULTAN IBRAHIM SHAH (1677-1685M). Bendahara Johor-Riau ketika itu ialah BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID.

1678M
Atas gesaan ayahanda mertuanya (Laksamana Tun Abdul Jamil), SULTAN IBRAHIM SHAH telah memindahkan pusat pemerintahannya dari PEKAN (Pahang) ke RIAU.

1679M
SULTAN IBRAHIM SHAH menitahkan mentuanya LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan DAENG MENGIKA membawa 300 buah perahu menyerang KERAJAAN JAMBI, dan akhirnya alah KERAJAAN JAMBI. 

Sesudah PERANG JAMBI ini, Sultan Ibrahim Shah mengurniakan mentuanya gelaran PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL atas jasa-jasanya.  Sejak itu juga, PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL menjadi ORANG BESAR yang paling berkuasa dalam KERAJAAN JOHOR-RIAU melebihi kuasa Bendahara Johor-Riau.

1681M
Paduka Raja Tun Abdul Jamil atas titah perintah Sultan Ibrahim Shah bersama Angkatan Perang Johor-Riau membantu JAMBI menyerang PALEMBANG.  Setelah menang, Paduka Raja Tun Abdul Jamil telah mengambil semua MERIAM PALEMBANG dan separuh Harta Rampasan dari Palembang ke Johor-Riau.

Sejak tarikh ini juga, PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL yang bersifat sombong dan bongkak itu telah mengambil semua kuasa pemerintahan KERAJAAN JOHOR-RIAU dengan mengenepikan SULTAN IBRAHIM SHAH dan BENDAHARA JOHOR-RIAU.

1685M
SULTAN IBRAHIM SHAH telah mangkat di RIAU, dan beliau dikenali sebagai MARHUM BONGSU.

Sunday 3 February 2013

(035) SULTAN ABDUL JALIL III@RAJA BUJANG - RAJA JOHOR-RIAU VII (1623-1677M)

1623M
Setelah SULTAN ABDULLAH MA'AYAT SHAH mangkat, Laksamana Tun Abdul Jamil (Orang Besar Johor-Riau) yang paling berkuasa ketika itu telah mengambil kuasa Bendahara Johor-Riau, lalu melantik RAJA BUJANG menjadi RAJA JOHOR-RIAU dengan gelaran SULTAN ABDUL JALIL SHAH III dengan syarat RAJA BAJAU IBNI ALMARHUM SULTAN MA'AYAT SHAH (usia 2 tahun) hendaklah diakui oleh SULTAN ABDUL JALIL SHAH III@RAJA BUJANG sebagai pewaris tahkta Johor-Riau selepas baginda. 

1636M
SULTAN ISKANDAR MUDA (RAJA ACEH KE-22) telah mengangkat menantunya RAJA MUGHAL IBNI SULTAN AHMAD (PUTERA PAHANG DI ACEH) menjadi RAJA ACEH (KE-23) dengan gelaran SULTAN ISKANDAR THANI. Sejak itu, hubungan PAHANG-ACEH menjadi semakin baik kerana Raja Aceh itu menganggap Pahang di bawah takluk baginda.  

Tidak diragui bahawa ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG yang diketuai oleh SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA I di ULU PAHANG telah menjalinkan hubungan baik dengan SULTAN ISKANDAR THANI - RAJA ACEH.

1638M
SULTAN ABDUL JALIL SHAH III@RAJA BUJANG (RAJA JOHOR-RIAU) tidak begitu suka hubungan baik antara PAHANG-ACEH. Oleh itu, baginda telah menghantar angkatan perang menyerang Pahang (Hilir Pahang) sehingga ramai Orang Besar dan Pahlawan Pahang, serta rakyat-jelata terbunuh, dan menderita kesusahan.

Dipercayai juga ULU PAHANG di bawah pemerintahan SERI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA I tidak terjejas oleh serangan angkatan perang Johor ini bukan sahaja disebabkan lokasi yang jauh di pedalaman Pahang, dan melalui perjalanan yang sukar dan berbahaya, tetapi benteng pertahanan Ulu Pahang yang cukup kuat, terutamanya ANGKATAN PERANG JELAI .

Saturday 2 February 2013

(034) SULTAN ABDULLAH MA'AYAT SYAH@RAJA ABDULLAH - RAJA JOHOR-RIAU VI (1613-1623M)

Disember 1613M
SULTAN ISKANDAR MUDA (RAJA ACEH) telah menghantar satu angkatan Aceh mengandungi 30 puluh perahu besar membawa sekitar 2,000 Tentera Aceh ke Batu Sawar (Johor) di bawah pimpinan Orang Besar Aceh, ORANG KAYA LELA WANGSA untuk membangunkan semula Batu Sawar yang musnah teruk akibat peperangan Aceh-Johor, mengiringi dan menabalkan RAJA ABDULLAH (Adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III@Raja Mansor) yang ke Aceh itu menjadi RAJA JOHOR-RIAU.

Manakala BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG kekal tinggal di Aceh sambil menyambung kerjanya menyusun dan memperbaiki naskah SULALATUS-SALATIN (SEJARAH MELAYU) yang telah dimulakan di Pasir Raja (Johor) dahulu.  Masa inilah, Tun Seri Lanang berpeluang berkenalan dengan pengarang-pengarang dan ulamak-ulamak Aceh.

(033) SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH III@RAJA MANSOR - RAJA JOHOR-RIAU V (1597-1613M)

 1597M
Bendahara Paduka Raja TUN SERI LANANG hendak menabalkan RAJA ABDULLAH IBNI ALMARHUM SULTAN MUZAFFAR SHAH apabila SULTAN ALI JALLA ABD JALIL II@RAJA UMAR mangkat (1597M), tetapi Raja Abdullah menolak untuk memberi laluan kepada kekandanya (saudara seibu), RAJA MANSOR menjadi RAJA JOHOR-RIAU dengan gelaran SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III bersemayam di Batu Sawar (Johor).  

613M
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH (Raja Aceh Ke-22, 1607-1636M) telah menghantar angkatan perang yang cukup besar menyerang KOTARAJA BATU SAWAR (Johor).

 

FOTO 1 :
SULTAN ISKANDAR MUDA DERMA WANGSA PERKASA ALAM SHAH
RAJA ACEH KE-22, 1607-1636M

Setelah berperang selama 29 hari, alahlah Johor. SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH III@RAJA MANSOR dan adindanya RAJA ABDULLAH@RAJA RADEN dan BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG, serta beberapa orang Panglima Johor-Riau telah dibawa ke ACEH.

 FOTO 2 :
BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG
(BENDAHARA JOHOR-RIAU) 

Friday 1 February 2013

(032) RAJA UMAR@SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL - RAJA JOHOR-RIAU IV (1571-1597M)

RAJA UMAR telah diangkat menjadi RAJA JOHOR-RIAU IV (1571M) dengan gelaran SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SHAH.

Hubungan baik Johor-Aceh menyebabkan Portugis di Melaka menyerang pusat pemerintahan baginda di Kota Johor Lama (1576M & 1578M), tetapi kedua-dua serangan ini dapat ditewaskan oleh Tentera Johor. 

Walau bagaimanapun, SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SHAH telah mendirikan kerajaannya di Batu Sawar apabila Kota Lama Johor diserang dan tewas di tangan Portugis pada 15 Ogos, 1587M.

Akhirnya, SULTAN ALI JALLA ABDUL JALIL SHAH mangkat di BATU SAWAR (JOHOR).

Sumber :
(1) Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.

Thursday 31 January 2013

(031) SULTAN ABDUL JALIL RI'AYAT SYAH I - RAJA JOHOR III (1570-1571M)

Pengganti SULTAN MUZAFFAR SYAH yang mangkat (1570M) ialah puteranya bergelar SULTAN ABDUL JALIL RI'AYAT SYAH I, berusia 8 tahun.  Oleh kerana baginda terlalu kecil, maka segala urusan pemerintahan dan pentadbiran KERAJAAN JOHOR-RIAU dilakukan sepenunya oleh BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HISAP MISAI.

Walau bagaimanapun, setelah 1 tahun memerintah, SULTAN ABDUL JALIL SYAH I telah mangkat (1571M).

Sumber :
(1) Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.

Wednesday 30 January 2013

(030) RADEN BADAR@SULTAN MUZAFFAR SYAH - RAJA JOHOR-RIAU II (1564-1570M)

Setelah kemangkatan SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH di Aceh, Sultan Aceh memperkenankan agar putera al-marhum yang bernama RADEN BADAR dilantik sebagai RAJA JOHOR-RIAU II (1564M) dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH.

Selepas setahun bersemayam di Kota Johor Lama, SULTAN MUZAFFAR SYAH memindahkan pusat pemerintahannya ke Seluyut sehinggalah baginda mangkat di sana (1570M).

Sumber :
(1) Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.

Tuesday 29 January 2013

(029) RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH - PENGASAS KERAJAAN JOHOR-RIAU@ RAJA JOHOR-RIAU I (1528-1564M)

Setelah SULTAN MAHMUD SYAH mangkat (1528M) di Kampar (Sumatera), seorang puteranya bernama RAJA ALI telah diangkat menjadi pewaris dan penerus takhta KERAJAAN MELAYU MELAKA dengan gelaran SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH.  Sebaik sahaja dilantik sebagai RAJA, baginda lalu bertolak dari Kampar ke Pahang dan akhirnya mendirikan kerajaan di Sayong Pinang (Johor).

Putera MARHUM KAMPAR@SULTAN MAHMUD SYAH inilah sebenarnya sebagai PENGASAS KESULTANAN JOHOR-RIAU, yakni kesinambungan KERAJAAN MELAYU MELAKA berdasarkan "SALASILAH RAJA-RAJA MELAYU MELAKA".

RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH merupakan zuriat langsung SULTAN MAHMUD SYAH (RAJA MELAKA) sama seperti RAJA MUZAFFAR@SULTAN MUZAFFAR SYAH (RAJA PERAK).

Sewaktu mendirikan kerajaan di Kota Johor Lama (di Tanjung Batu - tepi Sg. Johor),  SULTAN  ALAUDDIN RI'AYAT SYAH dan KOTA JOHOR LAMA diserang oleh ACEH, lalu tewas.  SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ditangkap, dan dibawa ke Aceh, lalu dihukum bunuh (1564M).  

Sumber :
(1) Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.

Monday 28 January 2013

(028) RAJA MAHMUD@SULTAN MAHMUD SYAH - RAJA MELAKA VIII (1481-1511M)

RAJA MAHMUD telah diangkat sebagai RAJA MELAKA VIII dengan gelaran SULTAN MAHMUD SYAH (1481M) ketika baginda masih budak.  Ketika itu, SULTAN MAHMUD SYAH yang masih budak dijaga rapi oleh BENDAHARA PADUKA RAJA TUN PERAK dan ORANG KAYA LAKSAMANA HANG TUAH.

Kemudian setelah meningkat dewasa, SULTAN MAHMUD SYAH telah berkahwin dengan PUTERI (Puteri SULTAN MUHAMMAD SYAH - RAJA PAHANG I).

Kemudian, SULTAN MAHMUD SYAH juga telah mengahwini 2 orang gundik : TUN SABARIAH (Puteri ORANG KAYA LAKSAMANA HANG TUAH) dan TUN IRAM SENDARI.

Sejurus sebelum Portugis menyerang Kota Melaka, SULTAN MAHMUD SYAH dikatakan menyerahkan takhta Melaka kepada puteranya, RAJA AHMAD.  Namun begitu, putera ini kemudiannya dihukum bunuh oleh ayahandanya, SULTAN MAHMUD SYAH.

Sesudah itu, SULTAN MAHMUD SYAH kembali memerintah KERAJAAN MELAYU MELAKA berpusat di KAMPAR, di salah sebuah jajahan takluk Melaka.

Sewaktu Sultan Mahmud Syah di Kampar inilah, TUN SABAN BALIK@RADEN SAPIRO, ahli Sufi (Putera RADEN MULKIN@SERI MAHARAJA JIN) - keturunan Majapahit), ORANG KAYA PERAK telah mengadap baginda, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak.  Baginda telah berkenan menghantar puteranya RAJA MUZAFFAR untuk dirajakan di Perak dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH (1528M).  Daripada keturunan SULTAN MUZAFFAR SYAH inilah berkesinambungan lahirnya zuriat langsung RAJA MELAYU MELAKA di PERAK berkekalan hingga sekarang.

Tidak lama kemudian, SULTAN MAHMUD SYAH telah mangkat di KAMPAR (1528M).

Adapun TUN SABAN BALIK@RADEN SAPIRO yang diam di Ulu Perak (1520M) mempunyai 2 orang adik perempuan : TUN@RADEN MALOGA@TO' TEMONG berkahwin dengan TO' BUSUR PUTIH@TO' PUTIH JEMBAL@TO' CANGKAT PELANDOK@TUN SAMAD PANJANG JANGGUT (dari Pattani Besar), dan TUN@RADEN SERI KANDIS yang berkahwin dengan ABDURRAHMAN WALI GUNUNG PONDOK (ayahanda MEGAT TERAWIS).   Wallahualam..

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasn Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(3) Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan (2005), Tun Saban Balik & Pembesar Melayu Perak, Perak : Yayasan Perak.
(3) Prof. Dr. Othman Yatim (UM), Sejarah Kesultanan Perak : Unsur-Unsur Kebudayaan Dalam Misa Melayu, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultana  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005. 

Sunday 27 January 2013

(027) RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH - RAJA MELAKA VII (1449-1481M)

RAJA HUSIN (Bondanya kerabat BENDAHARA TUN PERAK - keturunan diraja Melayu Melaka-Sriwijaya) telah dilantik sebagai RAJA MELAKA VII (1449M) sebaik sahaja kemangkatan ayahandanya, SULTAN MANSUR SYAH. Semasa baginda naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH telah pun berkahwin dengan kerabat diraja. Hasil perkahwinan tersebut, baginda mempunyai 2 orang putera : RAJA MENAWAR dan RAJA ZAINAL. RAJA MENAWAR kemudian telah dirajakan di KAMPAR (SUMATERA) bergelar SULTAN MENAWAR SYAH.

Kemudian, setelah naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH berkahwin pula dengan TUN SENAJA (Puteri SERI NARA DIRAJA TUN ALI-TUN KUDU). Hasil perkahwinan RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH-TUN SENAJA melahirkan 2 orang puteri, seorang putera : (1) RAJA HITAM (P), (2) RAJA MAHMUD (L) dan (3) RAJA FATIMAH (P). RAJA FATIMAH kemudian dikahwinkan dengan RAJA ABDUL JAMIL (Putera SULTAN MUHAMMAD SYAH - RAJA PAHANG).

Selain itu, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ada juga mengahwini seorang GUNDIK (rakyat biasa). Hasil perkahwinan ini telah melahirkan seorang puteri, PUTERI BAKAL yang dijodohkan dengan RAJA MERLANG (INDERAGIRI). Cucunya yang bernama RAJA NARA SINGA kemudian naik takhta di INDERAGIRI dengan gelaran SULTAN ABDUL JALIL.

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail, Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Saturday 26 January 2013

(026) RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSOR SYAH - RAJA MELAKA VI (1378-1449M)

RAJA ABDULLAH telah dilantik menjadi RAJA MELAKA VI (1378M) dengan gelaran SULTAN MANSUR SYAH. Sewaktu naik takhta itu, RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH berusia 27 tahun.

RAJA ABDULLAH@SULYAN MANSUR SYAH telah berkahwin dengan TUN PUTIH NUR PUALAM (Puteri SERI NARA DIRAJA TUN ALI). Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-TUN PUTIH NUR PUALAM telah melahirkan 2 orang puteri : RAJA MAHADEWI dan RAJA CENDERADEWI, serta beberapa orang putera. RAJA MAHADEWI kemudian berkahwin dengan MEGAT KUDU (KERAJAAN SIAK) dan menjadi PERMAISURI SIAK apabila MEGAT KUDU ditabalkan menjadi RAJA SIAK dengan gelaran SULTAN IBRAHIM. Hasil perkahwinan RAJA MAHADEWI-SULTAN IBRAHIM melahirkan seorang putera bernama RAJA ABDULLAH (SIAK).

RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH juga turut mengahwini Puteri Pahang, PUTERI LELA WANGSA@WANANG SERI (Puteri MAHARAJA DEWA SURA - keturunan Siam). Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-PUTERI LELA WANGSA melahirkan 2 orang putera, RAJA AHMAD dan RAJA MUHAMMAD. RAJA MUHAMMAD ibni SULTAN MANSUR SYAH kemudiannya dirajakan di Pahang sebagai RAJA PAHANG I.

Kemudian baginda berkahwin pula dengan PUTERI (salah seorang kerabat TUN PERAK). Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-PUTERI (kerabat TUN PERAK) telah melahirkan seorang putera, yakni : RAJA HUSSAIN@RAJA HUSIN.

Selain itu, RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH berkahwin pula dengan RADEN GALOH CENDERA KIRANA (Puteri BETARA MAJAPAHIT). Hasil perlahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-RADEN GALOH CENDERA KIRANA melahirkan seorang putera, bernama RADEN KELANG.  Namun  begitu, RADEN KELANG telah mangkat dalam satu pertarungan di Kampung Keling.

RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSOR SYAH juga telah berkahwin dengan PUTERI HANG LI PO (Puteri MAHARAJA CHINA) melahirkan seorang putera yang diberi nama PADUKA MIMAT, tetapi kemudiannya mangkat dalam usia remaja.

Sumber :
(1)Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Ojtober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Friday 25 January 2013

(025) SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM - RAJA MELAKA IV (1340-1378M)

RAJA KASSIM telah naik takhta sebagai RAJA MELAKA IV dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH (1340M).

Hasil perkahwinan SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM-PUTERI (Puteri SERI AMAR DIRAJA RADEN ANUM) telah melahirkan seorang putera, RAJA ABDULLAH.

Setelah itu, SULTAN MUZAFFAR@RAJA KASSIM telah berkahwin pula dengan TUN KUDU (Puteri BENDAHARA SERI WAK RAJA II TUN PERPATIH SEDANG. Pada masa yang sama, SULTAN MUZAFFAR telah melantik TUN PERAK sebagai PERDANA MENTERI, dan kemudian sebagai BENDAHARA MELAKA dengan gelaran SERI PADUKA RAJA.

SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM telah mangkat pada tahun 1378M setelah memerintah selama 38 tahun (1340-1378M).

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262: Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Thursday 24 January 2013

(024) SULTAN ABU SYAHID@RAJA IBRAHIM - RAJA MELAKA IV (1339-1340M)

RAJA IBRAHIM, adinda tiri RAJA KASSIM telah dilantik sebagai RAJA MELAKA IV (1339M) dengan gelaran SULTAN ABU SYAHID meskipun para pembesar tidak menyukai pelantikan tersebut. Hal ini disebabkan mereka menganggap bahawa RAJA REKANlah yang berkuasa, bukan SULTAN ABU SYAHID kerana baginda terlalu kecil semasa dilantik sebagai sultan.

Keadaan ini menyebabkan RAJA KASSIM bertindak untuk melakukan rampasan kuasa (coup d'etat) ke atas ISTANA MELAKA bersama SERI NARA DIRAJA TUN ALI (ayahanda saudara).

Dalam kes rampasan kuasa ini, RAJA REKAN telah menikam anak saudaranya, SULTAN ABU SYAHID di atas pangkuannya, dan kemudian RAJA REKAN sendiri telah melakukan bunuh diri.

Berikutan dengan peristiwa ini, RAJA KASSIM telah menggantikan adinda tirinya itu di atas takhta dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH (1340M).

Pemerintahan SULTAN ABU SYAHID hanya bertahan selama 1 tahun 6 bulan sahaja.

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Penguasaan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Wednesday 23 January 2013

(023) SULTAN MUHAMMAD SYAH@RADEN TENGAH - RAJA MELAKA III (1283-1339M)

RADEN TENGAH telah dilantik sebagai RAJA MELAKA III dengan gelaran SULTAN MUHAMMAD SYAH.

Hasil perkahwinan SULTAN MUHAMMAD SYAH-PUTERI (Puteri RADEN BAGUS@BENDAHARA TUN PERPATIH PERMUKA BERJAJAR II) melahirkan 2 orang putera : RAJA KECIL LAMBANG dan RAJA MAKOTA, manakala perkahwinan SULTAN MUHAMMAD SYAH-TUN RATNA WATI (Puteri MANI PURINDAN-TUN RANA SANDARI) melahirkan RAJA KASSIM.

Tempoh pemerintahan SULTAN MUHAMAD SYAH agak lama juga, yakni mencecah 57 tahun (1283-1339M).

Setelah kemangkatan baginda, putera tirinya yang masih terlalu kecil bernama RAJA IBRAHIM dirajakan dengan gelaran SULTAN ABU SYAHID. Pelantikan ini atas sokongan kuat daripada RAJA REKAN.

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Tuesday 22 January 2013

(022) RAJA AHMAD@RAJA BESAR MUDA - RAJA MELAKA II (1281-1283M)

RAJA AHMAD@RAJA BESAR MUDA@RAJA MAKOTA (putera PARMESWARA@SERI ISKANDAR SYAH) naik takhta sebagai RAJA MELAKA II sekitar 1281M.

Melalui perkahwinan RAJA AHMAD-PUTERI KAMARUL AJAIB (Puteri Kota Mahligai - keturunan Jawa - LANGKASUKA - jajahan KERAJAAN MAJAPAHIT) telah melahirkan 3 orang putera : (1) RADEN BAGUS, RADEN TENGAH, dan RADEN ANUM.

Ketiga-tiga putera ini berkahwin dengan puteri-puteri BENDAHARA TUN PERPATIH TULUS.

Apabila RAJA AHMAD@RAJA BESAR MUDA mangkat (1283M), puteranya RADEN TENGAH terpilih sebagai RAJA MELAKA III dengan mengenepikan RADEN BAGUS (Putera Sulong).

Namun begitu, RADEN BAGUS telah dilantik sebagai BENDAHARA MELAKA bergelar TUN PERPATIH PERMUKA BERJAJAR II, manakala RADEN ANUM dilantik sebagai PERDANA MENTERI bergelar SERI AMAR DIRAJA.

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Monday 21 January 2013

(021) PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH - RAJA SINGAPURA@TEMASIK V@RAJA MELAKA 1 (1262-1281M)

PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH (Raja Singapura@Temasik V) yang telah melarikan diri dari Singapura@Temasik mendirikan kerajaan barunya di MUAR (JOHOR) selama 2 tahun (1258-1262M).

Kemudian, PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH telah menemui tempat yang paling sesuai untuk didirikan kerajaan, iaitu MELAKA. PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH telah mengasaskan KERAJAAN MELAYU MELAKA selama 20 tahun (1262-1281M).

Baginda mangkat dalam usia yang agak tua, dan dimakamkan di TANJUNG TUAN (MELAKA).

Melalui perkahwinan PARAMESWARA@RAJA ISKANDAR SYAH-PUTERI (Puteri Bendahara Perpatih Tulus), lahir seorang putera, RAJA AHMAD@RAJA BESAR MUDA.

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr.Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262 : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD. 
(3)Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusopff Hashim (2005), Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Melaka : IKSEP.

Sunday 20 January 2013

(020) SERI ISKANDAR SYAH@PARAMESWARA - RAJA SINGAPURA@TEMASIK V (1257-1260M)

Sewaktu DASIA RAJA@PADUKA SERI MAHARAJA mangkat (1244M), dipercayai politik SINGAPURA@TEMASIK ketika itu tidak begitu stabil, dan sangat lemah. Sesudah itu, SINGAPURA@TEMASIK telah dapat dikuasai dan diperintah oleh RAJA SANGESINGA@TAMAGI,yakni menantu kepada RAJA SIAM.

Setelah beberapa lama mememerintah Singapura@Temasik,sekitar 1257M, muncul seorang PUTERA MELAYU yang dikenali sebagai PARAMESWARA (Putera Sang Aji Palembang - keturunan RAJA-RAJA BUKIT SIGUNTANG), dan para pengikut setianya telah diusir keluar dari PALEMBANG oleh BHATARA TIMAPEL (Raja Jawa yang menguasai Sang Aji Palembang, Sang Aji Tanjung Pura, dan Sang Aji Singapura), lalu PARAMESWARA belayar menuju SINGAPURA@TEMASIK.

Di Singapura@Temasik, PARAMESWARA dilayani dengan baik oleh RAJA SANGESINGA
@TAMAGI. Namun begitu, setelah berada lapan hari di Singapura@Temasik, PARAMESWARA telah merancang pembunuhan ke atas Sang Aji Singapura@Temasik itu, dan berjaya membunuh, dan mengambil takhta.

PARAMESWARA akhirnya berjaya menaiki takhta sebagai RAJA SINGAPURA@TEMASIK V (1257M) dengan gelaran SERI ISKANDAR SYAH selama 3 tahun hingga ke tarikh pengusirannya pada tahun 1260M oleh SIAM.

PARAMESWARA@SERI ISKANDAR SYAH dan para pengikut setianya kemudiannya melarikan diri ke MUAR dan selanjutnya ke BERTAM sebelum membuka NEGERI MELAKA pada Tahun 1262M.

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262 : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Prof. Emiritus Dato' Dr. Mohd Yusoff Hashim (2005), Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Melaka : IKSEP.

Saturday 19 January 2013

(019) DASIA RAJA@PADUKA SERI MAHARAJA - RAJA SINGAPURA@TEMASIK IV (1244-1257M)

DASIA RAJA (Putera Raja Muda@Seri Rana Wikrama) setelah diangkat menjadi RAJA SINGAPURA@TEMASIK IV bergelar PADUKA SERI MAHARAJA. DASIA RAJA juga disebut beberapa nama lain seperti DAMAR RAJA@RAJA SANGESINGA@TAMAGI.

DASIA RAJA telah berkahwin dengan DASIA PUTERI (Puteri Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar).

Dalam era pemerintahan DASIA RAJA ini. salah seorang adinda kepada isteri baginda, DASIA PUTERI telah dilantik sebagai BENDAHARA SINGAPURA@TEMASIK bergelar TUN PERPATIH TULUS menggantikan ayahandanya TUN PERPATIH PERMUKA BERJAJAR (Raja Kecil Muda).

DASIA RAJA tidak diiktiraf sebagai RAJA, tetapi hanya sebagai KETUA (Chief) di bawah perlindungan KERAJAAN SIAM.

DASIA RAJA@PADUKA SERI MAHARAJA mangkat pada tahun 1257M dibunuh oleh PARAMESWARA@SERI ISKLANDAR SYAH, seorang putera PALEMBANG.

DASIA RAJA telah memerintah SINGAPURA@TEMASIK selama 12 tahun setengah (1244-1257M).

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.

(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISAM SDN BHD.

Friday 18 January 2013

(0018) RAJA MUDA@SERI RANA WIKRAMA - RAJA SINGAPURA@TEMASIK III (1232-1244M)

RAJA MUDA (Putera Raja Kecil Besar@Paduka Seri Pikrama Wira - Raja Singapura@Temasik II) apabila naik takhta bergelar SERI RANA WIRA KERMA. Baginda telah berkahwin dengan PUTERI (Puteri kepada bapa saudaranya, Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar).

Hasil perkahwinan RAJA MUDA-PUTERI, melahirkan seorang putera, DASIA RAJA , dan seorang puteri (tidak diketahui namanya).

Dalam era pemerintahan baginda, SINGAPURA@TEMASIK telah diserang oleh orang Jawa, tetapi tidak dapat ditwwaskan.

RAJA MUDA@SERI RANA WIKRAMA mangkat pada tahun 1244M setelah memerintah SINGAPURA@TEMASIK selama 13 tahun (1232-1244M).

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Mwlayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Thursday 17 January 2013

(017) RAJA KECIL BESAR@PADUKA SERI PIKRAMA WIRA - RAJA SINGAPURA@TEMASIK II (1217-1232M)

Hasil perkahwinan RAJA KECIL BESAR-PUTERI NILA PANCADI melahirkan seorang putera yang dikenali sebagai RAJA MUDA. Setelah ayahandanya mangkat, maka RAJA MUDA telah naik takhta KERAJAAN SINGAPURA@TEMASIK II (1217M) dengan gelaran PADUKA SERI PIKRAMA WIRA.

Semasa PADUKA SERRI PIKRAMA WIRA menjadi RAJA SINGAPURA@TEMASUIK II, adindanya RAJA KECIL MUDA telah dilantik sebagai BENDAHARA bergelar TUN PERPATIH PERMUKA BERJAJAR. BENDAHARA TUN PERPATIH PERMUKA BERJAJAR telah berkhwin dengan cucu MANGKUBUMI DEMANG LEBAR DAUN dalam lingkaran kerabat diraja jua (intra-famili).

Dalam tempoh pemerintahan baginda, SINGAPURA@TEMASIK telah diserang oleh orang Siam dan orang Jawa, tetapi tidak berjaya dikalahkan.

Baginda mangkat pada tahun 1232M setelah memerintah SINGAPURA@TEMASIK selama 15 tahun (1217-1232M).

Sumber :
(1) Prof. Mdya Dr. Abd Rahman (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262 : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka. (2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Wednesday 16 January 2013

(016) SRIMAT THRIBUANARAJA MALIWARMADEWA@NILATANAM@SRI TRIBUANA@SRI MAHARAJA SANG UTAMA PARAMESWARA BATARA SRI TRI BUANA - RAJA SINGAPURA@TEMASIK I

Pertabalan SRI TRI BUANA sebagai RAJA dan YANG DIPERTUAN BENTAN menggantikan WAN SERI BENI telah menjadikan BENTAN ketika itu sebuah KERAJAAN MELAYU yang baru di NUSANTARA meskipun sebelum itu BENTAN sudah menjadi KERAJAAN MELAYU sejak beberapa dekad. Di BENTAN bukan sahaja SRI TRI BUANA merajai KERAJAAN MELAYU, tetapi turut menguasai kawasan-kawasan persekitaran yang akhirnya menemui sebuah petempatan baru yang dinamakan TEMASIK.  Pada satu ketika, SRI TRI BUANA ingin membawa isterinya untuk bermian-main di laut sambil melihat persekitaran BENTAN.



SULALATUS-SALATIN menukilkan (2009 : 39-40) :



Maka turunlah ribut barat daya, terlalu besar dengan ombaknya. Maka berpecahlah sekali perahu (pengiring) yang bersama kenaikan Baginda (Sri Tri Buana) kecuali hanya (tinggal) tiempat buah perahu juga : (1) Perahu SRI TRI BUANA, (2) Perahu DEMANG LEBAR DAUN, (3) Perahu MENTERI BUPALA, dan (4) Perahu BATALA.  Empat buah perahu itulah yang tiada bercerai.  Maka berapa dipertimbulkan kenaikan (Baginda) itu tidak mahu kering air ruangnya masih hingga lutut.  Syahadan datanglah ke TELUK BELANGA, maka kenaikan (Baginda Sri Tri Buana) itu tiadalah tertimba lagi, lalu akan tenggelam.  Maka titah Sri Tri Buana, " Apa yang ada lagi dalam perahu ini, maka tiada ia mahu timbul ini ?  Maka sembah Menteri Bupala, "Pada pendapat patik, kalau sebab MAHKOTA kudrat itu juga tuanku, maka kenaikan demikian halnya.  Maka diambil MAHKOTA itu lalu diletakkan (dibuang) ke air (laut). Sekonyong-konyong teduhlah (berhentilah) ribut itu, dan ombak pun tenang seperti air dalam balang.  Maka segala perahu yang banyak itupun datanglah semuanya berkampung, dan segala ORANG-ORANG BESAR (PEMBESAR NEGERI) turun merngadap SRI TRI BUANA.  Maka berangkatlah SRI TRI BUANA dan ISTERI melihat TANAH TEMASIK. Dipandang Baginda, terlalu molek perbuatan (keadaan) tanah itu, (ber) bukit tanahnya, dan rata di atasnya.  


Maka Sri Tri Buana bersemayam di bawah pohon Jambu laut, dihadap segala Orang-Orang Besar berbicara untuk membuat negeri seraya menitahkan rakyat jelata menebas kayu di situ.  Maka segala rakyat pun menebaslah; sekonyong-konyong melintas SEEKOR BINATANG maha tangkas lakunya merah warna bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya. sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia (binatang) melihat orang banyak itu, lalu ia melompat, ghaib daripada (pandangan) mereka itu.  Maka titah Sri Tri Buana, "Apa nama binatang yang serupa itu ?  Maka sembah Demang Lebar Daun, Tuanku, ceritera orang yang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu SINGA konon namanya, tuanku."

Maka titah Sri Tri Buana, "Patutlah kita perbuat negeri tempat ini kerana binatang gagah ada di dalamnya, dan sebutlah TEMASIK ini SINGAPURA".    

Justeru, sah dan nyatalah bahawa RAJA MELAYU yang bernama SRI TRI BUANA itulah yang membuka dan menamakan TEMASIK itu SINGAPURA. Semasa SRI TRI BUANA membuat negeri di SINGAPURA itu, belumlah ada penghuni kecuali binatang yang disebut SINGA itu. Berikutan dengan penemuan negeri baru ini, SRI TRI BUANA dengan sendirinya menjadi RAJA SINGAPURA 1 dan DEMANG LEBAR DAUN sebagai RAJA BENDAHARA.

Sumber :
A. Samad Ahmad (2009), SULALATUS-SALATIN (SEJARAH MELAYU), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Tuesday 15 January 2013

(015) SRIMAT THRIBUANARAJA MALIWARMADEWA@NILATANAM@SRI TRI BUANA@SRI MAHARAJA SANG UTAMA PARAMESWARA BATARA SRI TRI BUANA - -RAJA BENTAN


Tidak berapa lama berada di BENTAN, SRI SRI BUANA telah diperkenan dan ditabal oleh WAN SERI BENI menjadi RAJA BENTAN.

Sulalatus-Salatin menukilkan (2009:  36) :

".........Maka diriwayatkan oleh yang empunya cerita, adalah SRI TRI BUANA akan kerajaan di Bentan ditablkan oleh Wan Seri Beni dan dinobatkan ; segala menteri hulubalang bala tentera Bentan dan Palembang mengadap nobat baginda ; Betalalah membaca ciri; gelar Baginda SRI TRI BUANA juga. DEMANG LEBAR DAUN dijadikan oleh Wan Seri Beni akan BENDAHARAnya.  Bupala menjadi Menteri, Aria menjadi Penghulu Hakim.  DEMANG MANGKU RAJA (adinda Demang Lebar Daun) dititahkan oleh SRI TRI BUANA pulang ke PALEMBANG menjadi kerajaan (Raja) di hulu.  Kata Sahibul hikayat ialah asal RAJA PALEMBANG yang ada sekarang". 

Berdasarkan riwayat ini, nyatalah SRI TRI BUANA telah meninggalkan PALEMBANG atau JAMBI, dan Baginda telah dapat memenuhi impiannya mencari NEGERI BARU, yakni menjadi RAJA BENTAN menggantikan WAN SERI BENI.  

Setelah itu Baginda menitahkan adik Demang Lebar Daun yang bernama DEMANG MANGKU RAJA memerintah PALEMBANG. Dari susurgalur keturunan DEMANG MANGKU RAJA inilah berkesinambungan RAJA-RAJA MELAYU PALEMBANG dalam dekad-dekad kemudiannya.  Wallahualam.

Sumber :
A. Samad Ahmad (2009), SULALATUS-SALATIN (SEJARAH MELAYU), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Monday 14 January 2013

(014) WAN SERI BENI (PUTERI RAJA ISHAR SHAH) - RAJA BENTAN (1287M)

1286M
Diriwayatkan bahawa seorang RAJA MELAYU bernama SRIMAT TRIBHUWANARAJA MAULIWARMADEWA telah memerintah KERAJAAN MELAYU berpusat pada awalnya di PALEMBANG kemudian berpindah ke DHAMARASRAYA@JAMBI. Pengarang SULALATUS-SALATIN menggelar nama RAJA MELAYU itu SRI TRI BUANA.. 

Pada suatu hari, SRI TRI BUANA berfikir hendak mencari tempat berbuat NEGERI kerana PALEMBANG (termasuk JAMBI) baginda tiada berkenan; lagi pula Baginda ingin melihat laut.  Maka disuruh panggil DEMANG LEBAR DAUN.  Kata Baginda, “Apa bicara paman, adalah hamba ini hendak bermain-main mengikut laut.". Maka sembah DEMANG LEBAR DAUN, “Baiklah tuanku, jikalau DULI YANG DIPERTUAN akan berangkat, patik mengiringilah kerana patik tiada dapat bercerai (berpisah) dengan DULI TUANKU".

Setelah keluar dari KUALA PALEMBANG, menyeberang ke SELAT SEPAT lalu ke SELAT SAMBAR (Kepulauan Riau). Maka berita ini kedengaranlah ke BENTAN mengatakan : “RAJA dari BUKIT SIGUNTANG, bangsanya dari RAJA ISKANDAR ZULQARNAIN itu datang.  Lalu, SRI TRI BUANA disambut secara besar-besaran oleh WAN SERI BENI, dan MENTERI BUPALA.

Sulalatus-Salatin menukilkan (2000 : 34) :

".............Demang Mangku Raja (saudara Demang Lebar Daun) menyandang pedang badram belawa dengan segaa penjawat baginda berjalan di hadapan gajah; Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala memegang gading kiri.  Maka, payung iram-iram kerajaan (warna putih) pun terkembanglah empat; serta cogan kerajaan, juga panji-panji alam pun terdirilah.  Maka diarak oranglah Baginda (Sri Tri Buana) masuk ke dalam KOTA BENTAN dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala menteri dan hulubalang kedua-dua buah negeri itu".  : 

Sumber :
A. Samad Ahmad (2000), Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka..

Sunday 13 January 2013

(013) SRIMAT THRIBUAWANARAJA MAULIWARMADEWA@NILATANAM@SRI TRI BUANA - RAJA PALEMBANG-JAMBI@DHAMARASRAYA (1286-1295M)

1286M
Setelah NILATANAM (PUTERA RAJA SURAN) menikah dengan Raden Chandera Puri (Puteri DEMANG LEBAR DAUN - RAJA PALEMBANG), maka ayahanda mertuanya mengangkat menantunya NILATANAM sebagai RAJA PALEMBANG yang baru dengan gelaran SRI TRI BUANA (Sulalatus-Salatin). Nama lain bagi SRI TRI BUANA ialah SRIMAT THRIBUAWANARAJA MAULIWARMADEWA.

Setelah itu, SRI TRI BUANA memindahkan kerajaannya dari PALEMBANG ke JAMBI@DHAMRASRAYA. Jadi, nama KERAJAAN MELAYU JAMBI@DHAMARASRRAYA  di bawah pemerintahan SRI TRI BUANA - keturunan langsung RAJA-RAJA BUKIT SIGUNTANG MAHAMERU menjadi lebih terkenal dan amat dimuliakan.  DEMANG LEBAR DAUN yang ketika itu dilantik menjadi BENDAHARA dipercayai kekal tinggal di PALEMBANG menjadi WALIKOTA PALEMBANG.  

1290M
KERAJAAN SINGHASARI telah cuba menyerang KERAJAAN MELAYU yang berpusat di JAMBI@DHAMARASRAYA, dan juga di PALEMBANG. Ekoran daripada serangan itu, ramai golongan  BANGSAWAN MELAYU PALEMBANG, dan JAMBI@DHAMARASRAYA, serta pengikut setia yang kebanyakannya terdiri daripada ORANG LAUT terpaksa menyelamatkan diri ke BENTAN, sebuah pulau yang agak besar dan sesuai untuk petempatan yang baru.

Di BENTAN sekitar 1250M - sudah ada sebuah KERAJAAN MELAYU yang diperintah oleh RAJA ASYHAR-AYA dan PERMAISURI WAN SERI BENI. Penghijrahan ORANG LAUT di BENTAN dalam tahun 1290M memperkukuhkan lagi KERAJAAN BENTAN. 

1295M
Diperkirakan beberapa tahun kemudiannya, SRI TRI BUANA yang masih bertahan berkerajaan di JAMBI@DHAMARASRAYA bersama isteri dan keluarga diraja, termasuk BENDAHARA DEMANG LEBAR DAUN belayar ke luar dari JAMBI@DHMARASRAYA untuk mencari perlindungan dan tempat baru hingga rombongan ekpedisi pelayaran itu sampai ke satu tempat yang dikenali sebagai BENTAN. Sewaktu rombongan SRI TRI BUANA sampai di BENTAN, BENTAN sudah ada sebuah KERAJAAN MELAYU.  Ekpedisi lautan ini dinukilkan secara terperinci oleh SULALATUS-SALATIN.

"Setelah itu, SRI TRI BUANA pun berangkatlah, kenaikan baginda LANCANG PEMUJANGAN, dan isteri Baginda di LANCANG PERAK. Maka, DEMANG LEBAR DAUN dengan segala menteri, hulubalang-hulubalang, masing-masing dengan kenaikannya.  Maka, rupa perahu itu pun terlalu banyak, tiada terbilang lagi, rupa tianmgnya seperti pohon kayu, rupa tunggul dan panji-panji seperti awan berarak, rupa payung raja-raja seperti mega, maka tumpatlah rupa laut itu oleh daripada kebanyakan perahu orang yang mengiring SRI TRI BUANA. Setelah keluar dari KUALA PALEMBANG menyeberang ke Selat lalu ke Selat Sambar.  Setelah keluar, maka kedengaranlah khabarnya ke Bentan mengatakan, "RAJA BUKIT SIGUNTANG, keturunan RAJA ISKANDAR ZULQARNAIN itu datang dari PALEMBANG ada di SELAT SAMBAR".

Sumber :
A. Samad Ahmad (200), SULALATUS-SALATIN, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Saturday 12 January 2013

(012) DEMANG LEBAR DAUN - RAJA PALEMBANG

RAJA AFTABUL ARDZ (Raja Dika) telah memerintahkan RAJA ASMAGHAYAH (Raja Jin) untuk menghantar 3 orang cucunya : NILA PAHLAWAN, KRISYNA PENDITA dan NILA UTAMA (Putera Raja Suran) ke TANAH ANDALAS (Sumatera), yakni di sebuah negeri yang dikenali sebagai PALEMBANG.

RAJA PALEMBANG ketika itu bernama DEMANG LEBAR DAUN).

DEMANG LEBAR DAUN telah turun takhta menjadi MANGKUBUMI (BENDAHARA) untuk memberi laluan kepada menantunya, NILA UTAMA menjadi RAJA PALEMBANG dengan gelaran SANG SAPURBA TARAMBERI TERIBUANA.

Hasil perkahwinannya dengan WAN SENDARI (Puteri Demang Lebar Daun), SANG SAPURBA melahirkan : PUTERI SERI DEWI, PUTERI CENDANA DEWI, SANG MANIAKA dan SANG NILA UTAMA.

Sewaktu SANG SAPURBA bersama keluarganya dan DEMANG LEBAR DAUN merantau meninggalkan Palembang, rombongan diraja ini disambut baik oleh BETARA MAJAPAHIT,lalu seorang puteri Sang Sapurba yang bernama PUTERI CENDERA DEWI dikahwinkan dengan BETARA MAJAPAHIT itu. Hasil perkahwinan PUTERI CENDERA DEWI-BETARA MAJAPAHIT melahirkan RADEN INU MERTA WANGSA dan RADEN MAS PAMARI.

Sumber :
Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Friday 11 January 2013

(011) RAJA SURENDRA@MAHARAJA SURAN - BIJA NAGARA (HINDI)

RAJA TERSI BERDERAS yang memerintah di TANAH HINDI telah berkahwin dengan PUTERI RAJA SULAN (RAJA SULAN@RAJA COLA - Raja AMDAN NAGARA (TANAH HINDI). Hasil perkahwinan RAJA TERSI BERDERAS ini telah melahirkan 3 orang putera : RAJA FANDIN (Raja TURKISTAN), RAJA SURAN, dan RAJA HIRAN (Raja di TANAH HINDI). RAJA SURAN yang tiada berkerajaan dibawa oleh nendanya, RAJA SULAN@RAJA COLA untuk menakluk GANGGA NAGARA (Daerah Dinding - Perak sekarang) menewaskan RAJA GANGGA SYAH JOHAN.
RAJA SURAN telah berkahwin dengan saudara RAJA GANGGA SYAH JOHAN bernama PUTERI ZARIS GANGGA. Hasil perlahwinan RAJA SURAN-PUTERI ZARIS GANGGA telah melahirkan 3 orang putera : BICITRAM SYAH, PALDU TANI, dan NILA MANAM. Kemudian. RAJA SURAN meneruskan lagi perjalanannya menuju Negeri China, tetapi sampai di NEGERI GENGGAYU (Ulu Sg. Johor), beliau telah menakluk dan membunuh raja negeri itu yang bernama RAJA CULAN, manakala puterinya yang bernama PUTERI ONANG KIU telah diperisterikan oleh baginda.

Hasil perkahwinan RAJA SURAN-PUTERI ONANG KIU melahirkan seorang puteri : PUTERI CENDANI WASIH.

Selanjutnya, RAJA SURAN telah sampai ke TEMASIK (Singapura), lalu baginda terfikir untuk mengetahui apa yang ada di dalam laut. Melalui sebuah peti kaca, maka RAJA SURAN telah masuk ke dalam laut bertemu dengan alam yang dikenali sebagai DIKA. Di NEGERI DIKA, RAJA SURAN telah berkahwin pula dengan PUTERI MAHTABUL BAHRI (Puteri RAJA AFTABUL ARDZ - Raja Dika). Hasil perkahwinan RAJA SURAN-PUTERI MAHTABUL BAHRI lahirlahlah 3 orang putera : NILA PAHLAWAN, KRISYNA PENDITA, dan NILA UTAMA.

RAJA SURAN akhirnya tidak jadi untuk meneruskan hasratnya menakluk NEGERI CHINA, lalu pulang ke kerajaannya di BIJA NAGARA (TANAH HINDI).

Sumber :
Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Thursday 10 January 2013

(010) DINASTI SRIWIJAYA (683-1375M) - PALEMBANG - DHAMARASRAYA - PAGARRUYUNG@MINANGKABAU (ANDALAS@SWARNABHUMI@SUMATERA)



RAJA-RAJA WARISAN SRIWIJAYA :

1.     683M   -   DAPUNTA HYANG SRI JAYANASA  (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
DAPUNTA HYANG SRI JAYANASA merupakan MAHARAJA SRIWIJAYA I - pendiri KERAJAAN SRIWIJAYA.  Batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) mencatatkan seorang RAJA dengan gelaran DAPUNTA HYANG telah memimpin armada dengan 20,000 bala tentera mengalahkan musuh-musuhnya di JAMBI, PALEMBANG, SELATAN LAMPUNG , dan PULAU BANGKA.

Ada sejarahwan berpendapat bahawa SRI JAYANASA memimpin armada dan bala tentera dari LUAR SUMATERA. yakni berkemungkinan besar dari SEMENANJUNG TANAH MELAYU.
         
2.     702M - INDRAVARMAN (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
Semasa SRI INDRAVARMAN memerintah SRIWIJAYA, raja ini telah menulis sepucuk surat kepada KHALIFAH ABDUL AZIZ (KERAJAAN UMMAYAH) meminta KHALIFAH ISLAM itu menjelaskan tentang AGAMA ISLAM. Pada tahun inilah, dipercayai, AGAMA ISLAM mula tersebar di PALEMBANG, dan seluruh SUMATERA, dan akhirnya ke seluruh NUSANTARA.

3.     728M - RUDRA VIKRAMAN (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
4.     775M - DHARAINDRA (JAWA)
5.     782M - SAMARAGRAWIRA (JAWA)
6.     792M - SAMARATUNGGA (JAWA)
7.     835M - BALAPUTRADEWA (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
8.     960M - CRI CULAMANIVARMADEWA (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
9.     980M - HAJI (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
10. 1008M - SRI MARAVIJAYOTTUNGGA (PALEMBANG - SRIWIJAYA)

11. 1017M - SUMATRABHUMI (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
Semasa SUMATRABHUMI menjadi MAHARAJA SRIWIJAYA, RAJA RAJENDRA COLA I (Koromandel - India Selatan) telah mengirim ekpedisi laut kali pertama (Prasasti Tanjore, 1030M).

12. 1025M - SANGRAMAVIJAYOTTUNGGA (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
Semasa SANGRAMAVIJAYOTTUNGGA menjadi MAHARAJA SRIWIJAYA, RAJA RAJENDRA COLA I (Koromandel - India Selatan) telah mengirim ekpedisi laut kali kedua (Prasasti Tanjore, 1030M).  Beberapa dekad kemudiannya,  RAJA-RAJA SRIWIJAYA dipengrauhi oleh DINASTI COLA.  Akibat daripada penaklukan RAJENDRA COLA I ini mengimplikasikan beberapa jajahan takluk Sriwijaya seperti DHARMASRAYA muncul sebagai sebuah wilayah jajahan yang kuat, dan melepaskan diri daripada cengkaman SRIWIJAYA..

13. 1028M - SRIDEWA (PALEMBANG- SRIWIJAYA)
14. 1078M - KULOTHUNGA CHOLA I (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
15. 1156M - RAJA CHOLA II (PALEMBANG - SRIWIJAYA)
Dinasti Sriwijaya di bawah pengaruh Dinasti Cola dipercayai berakhir di sini kerana KERAJAAN SRIWIJAYA semakin lemah, dan akhirnya musnah. Kemudian, PALEMBANG menjadi sebuah wilayah kecil diperintah oleh golongan aristokrat (bangsawan).  

16. 1183M - SRIMAT TRAILOKEYARAJA MAULIBHUSANA (DHAMARASRAYA@JAMBI)
Pengasas KERAJAAN MELAYU DHAMARASRAYA - menyaingi KERAJAAN SRIWIJAYA yang semakin lemah. 

Sebagai satu kesinambungan sejarah, mungkin benar apa yang terkandung dalam  SULALATUS-SALATIN (SEJARAH MELAYU) bahawa PALEMBANG dalam period terakhir KERAJAAN SRIWIJAYA telah diperintah pula oleh seorang ARISTOKRAT (Bangsawan) bernama DEMANG LEBAR DAUN. Di bumi PALEMBANG ketika itu, DEMANG LEBAR DAUN adalah RAJA PALEMBANG - mewarisi ADAT-ISTIADAT KERAJAAN SRIWIJAYA.

Sebagai sebuah wilayah kecil, PALEMBANG dipercayai tertakluk kepada KERAJAAN DHAMARSRAYA@JAMBI yang ketika itu mula menjadi sebuah KERAJAAN MELAYU yang baru menggantikan KERAJAAN SRIWIJAYA yang musnah.

Dalam period ini jugalah dipercayai, 3 orang PUTERA RAJA SURAN yang bernama : (1) BICHITRAM, (2) PALUDATANI, dan (3) NILATANAM turun di BUKIT SIGUNTANG MAHAMERU di PALEMBANG seperti yang diriwayatkan dalam SULALATUS-SALATIN. Ketiga-tiga mereka menjelaskan : "Bahawa kami ini daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nisab kami daripada Raja Nushirwan..... dan Raja Sulaiman."  Ketibaan BICHITRAM, PALUDATANI, dan NILATANAM (PUTERA RAJA SURAN) telah diketahui oleh seluruh ANDALAS@SUMATERA, dan kemudian rakyat menjemput 3 orang putera ini menjadi RAJA di wilayah masing-masing.

Nama mereka diubah kepada nama pribumi iaitu : (1) BICHITRAM diubah nama bergelar SANG SAPURBA dijemput menjadi RAJA MINANGKABAU, (2) PALUDATANI diubah nama bergelar SANG MANIAKA dijemput menjadi RAJA TANJUNG PURA, dan (3) NILATANAM diubah nama bergelar SRI TRI BUANA kekal di PALEMBANG menjadi RAJA PALEMBANG.

17. 1286M- SRIMAT TRIBHUWANARAJA MAULIWARMADEWA (DHAMARASRAYA@JAMBI) 
Sejarah menunjukkan bahawa ada seorang RAJA MELAYU memerintah di DAMARASRAYA@JAMBI bernama SRIMAT TRIBHUWANARAJA MAULIWARMADEWA. Nama raja ini disebut ringkas sebagai SRI TRI BUANA (SULALATUS-SALATIN). 

Justeru, berdasarkan penghuraian ini, nyatalah bahawa meskipun nama tokoh ini ditulis secara berbeda oleh beberapa sumber seperti Batu Bersurat, Sulalatus-Salatin, dan Wikipedia, tetapi merujuk tokoh yang sama.   Bagi pembaca SULALATUS-SALATIN (SEJARAH MALAYSIA), RAJA MELAYU ini yang disusurgalurkan dengan keturunan RAJA SURAN........ RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN lebih dikenali sebagai SRI TRI BUANA. 

Kemusnahan KERAJAAN SRIWIJAYA menyebabkan jajahan takluk kerajaan itu melepaskan diri masing-masing, dan ada negeri yang baru muncul dengan raja masing-masing.  

1290M
KERAJAAN SINGASARI misalnya telah menyerang dan mengusir saki-baki golongan BANGSAWAN MELAYU SRIWIJAYA yang masih kekal di PALEMBANG, dan kemudiannya buruan mwereka melewati JAMBI.  Sulalatus-Salatin menyebut bahawa golongan BANGSAWAN MELAYU ini telah menyelamatkan diri ke BENTAN dengan bantuan ORANG LAUT yang masih setia     

SRI TRI BUANA diperkirakan telah mengahwini 2 wanita berdasarkan 2 sumber yang berbeda meskipun ini sebagai satu rekonstruksi sejarah. 

Pertama, SRI TRI BUANA telah mengahwini RADEN CHANDERA PURI (Puteri DEMANG LEBAR DAUN) (Sulaltus-Salatin).  DEMANG LEBAR DAUN sendiri kekal sebagai BENDAHARA kepada SRI TRI BUANA.  Kedua, SRI TRI BUANA juga telah menikah dengan PUTI RENO MANDI -   Melahirkan 2 orang PUTERI MELAYU :  (1) DARA JINGGA, dan (2) DARA PETAK.  DARA JINGGA berkahwin dengan ADWAYAWARMAN - melahirkan ADITYAWARMAN (PENGASAS KERAJAAN PAGARRUYUNG@MINANGKABAU). DARA PETAK berkahwin dengan RADEN WIJAYA (PENGASAS KERAJAAN MAJAPAHIT). 

18. 1300M - AKARENDRAWARMAN (DHAMARASRAYA-PAGARRUYUNG)
19. 1347M - ADITYAWARMAN@SRIMAT SRI UDAYADITYAWARMAN
                     PRATAPAPARAKRAMA MAULIWAWARMADEWA  (PAGARRUYUNG)
ADITYAWARMAN mengisytiharkan dirinya sebagai MAHARAJA MALAYAPURA dengan gelaran SRIMAT SRI UDYADITWARMAN PRATAPAPARAKRAMA. Setelah itu, ADITYAWARMAN memindahkan ibukota kerajaan baru ini ke PEDALAMAN MINANGKABAU yang kemudiannya dikenali sebagai PAGARRUYUNG..

20. 1375M   -   ANNANGGAWARMAN (PAGARRUYUNG)


Sumber :

Wikipedia : Raja-Raja Sriwijaya
Blog : Kiki : Sejarah Kerajaan Sriwijaya. 
Prof. Emiritus Dato' Mohd Yusoff Hashim (2005), Parameswara  : Pengasas Empayar Melaka, Melaka : IKSEP
Tun Sri Lanang : Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu)