Thursday, 3 January 2013

(003) KERAJAAN PURBA NUSANTARA@ALAM MELAYU


Beberapa KERAJAAN PURBA telah muncul di NUSANTARA@ALAM MELAYU sejak menjelang abad masehi.  Meskipun tidak banyak informasi yang boleh diperolehi daripada Kerajaan Purba ini kecuali nama PENGASAS KERAJAAN PURBA  itu sendiri, tetapi penemuan-penemuan terbaru mengenai KERAJAAN PUERBA ini boleh diperolehi dari semasa ke semasa.

KERAJAAN MEDANG KUMULAN@KELANTAN (TANAH MELAYU)
SEBELUM MASEHI -  Pada zaman ribuan tahun yang lalu Sebelum Masehi (SM) NEGERI KELANTAN sekarang dinamakan MEDANG KUMULAN. 

KERAJAAN MEDANG GANA@KELANTAN (TANAH MELAYU)
10M   -  KERAJAAN MEDANG KUMULAN@KELANTAN diberi nama baru, iaitu : KERAJAAN MEDANG GANA.

KERAJAAN FUNAN (VIETNAM)
100M -  KERAJAAN FUNAN diasaskan oleh KAUNDINYA (RAJA HINDU)

KERAJAAN SALAKANAGARA (PULAU JAWA)
130M - KERAJAAN SALAKANEGARA diasaskan oleh DEWAWARMAN (RAJA HINDU) - asalnya beliau seorang Duta India ke Jawa.

KERAJAAN CAMPA (VIETNAM)
192M -  KERAJAAN CAMPA diasaskan oleh RAJA SRI MARA (RAJA HINDU).

KERAJAAN GANGGA NEGARA (TANAH MELAYU)
200M -  KERAJAAN GANGGA NEGARA diasaskan oleh RAJA GANJIL SARJUNA (RAJA HINDU) 

KERAJAAN KUTAI (BORNEO)
300M - KERAJAAN KUTAI diasaskan oleh RAJA KUDUNGGA (RAJA HINDU) - seorang PEMBESAR KERAJAAN CAMPA.

KERAJAAN TARUMANAGARA (PULAU JAWA)
358M  -  KERAJAAN TARUMANAGARA diasaskan oleh RAJA JAYASINGHAWARMAN.

KERAJAAN KALATANA@HO-LO-TAN (CATATAN CHINA)
400M  -  KERJAAN MEDANG GANA diberi nama baru, iaitu :  KERAJAAN KALATANA@HO-LO-TAN (CATATAN CHINA).

KERAJAAN PALI DAN KERAJAAN MALAYU (SWARNABHUMI@SUMATERA)
500M  -  KERAJAAN PALI  -  UTARA SUMATERA
500M  -  KERAJAAN MALAYU - SELATAN SUMATERA

KERAJAAN GALUH
612M -  KERAJAAN GALUH diasaskan oleh RAJA WERTIKANDAYUN (PUTERA BATARA WISNU RING MEDANGGAMA).

KERAJAAN KALINGGA@HO-LING (PULAU JAWA)
648M  -  KERAJAAN KALINGGA@HO-LING diasaskan oleh RAJA KARTIKEYASINGHA. 

KERAJAAN SUNDA (PULAU JAWA)
670M  - KERAJAAN SUNDA diasaskan oleh MAHARAJA TARUSBAWA (MENANTU RAJA TARUMANAGARA terakhir). 

Sumber :
Ayatrohaedi (2005), Sundakala, Jakarta : PT Dunia Pustaka Jaya
Wikipiedia (Ensaiklopedia Bebas), Sejarah Nusantara : Funan, Campa, Gangga Negara, Kutai, Salakanegara.

1 comment:

  1. Perlu dikemaskini semula takrifan Hindu pada zaman dahulu,
    terdapat perbezaan jelas dgn Hindu zaman kini...
    Asas hindu awal bermula dari Veda dan dikatakan 4 naskah veda yg dianuti...

    ReplyDelete