RAJA HUSIN (Bondanya kerabat BENDAHARA TUN PERAK - keturunan diraja Melayu Melaka-Sriwijaya) telah dilantik sebagai RAJA MELAKA VII (1449M) sebaik sahaja kemangkatan ayahandanya, SULTAN MANSUR SYAH. Semasa baginda naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH telah pun berkahwin dengan kerabat diraja. Hasil perkahwinan tersebut, baginda mempunyai 2 orang putera : RAJA MENAWAR dan RAJA ZAINAL. RAJA MENAWAR kemudian telah dirajakan di KAMPAR (SUMATERA) bergelar SULTAN MENAWAR SYAH.
Kemudian, setelah naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH berkahwin pula dengan TUN SENAJA (Puteri SERI NARA DIRAJA TUN ALI-TUN KUDU). Hasil perkahwinan RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH-TUN SENAJA melahirkan 2 orang puteri, seorang putera : (1) RAJA HITAM (P), (2) RAJA MAHMUD (L) dan (3) RAJA FATIMAH (P). RAJA FATIMAH kemudian dikahwinkan dengan RAJA ABDUL JAMIL (Putera SULTAN MUHAMMAD SYAH - RAJA PAHANG).
Selain itu, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ada juga mengahwini seorang GUNDIK (rakyat biasa). Hasil perkahwinan ini telah melahirkan seorang puteri, PUTERI BAKAL yang dijodohkan dengan RAJA MERLANG (INDERAGIRI). Cucunya yang bernama RAJA NARA SINGA kemudian naik takhta di INDERAGIRI dengan gelaran SULTAN ABDUL JALIL.
Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail, Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
No comments:
Post a Comment