Setelah SULTAN MAHMUD SYAH mangkat (1528M) di Kampar (Sumatera), seorang puteranya bernama RAJA ALI telah diangkat menjadi pewaris dan penerus takhta KERAJAAN MELAYU MELAKA dengan gelaran SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH. Sebaik sahaja dilantik sebagai RAJA, baginda lalu bertolak dari Kampar ke Pahang dan akhirnya mendirikan kerajaan di Sayong Pinang (Johor).
Putera MARHUM KAMPAR@SULTAN MAHMUD SYAH inilah sebenarnya sebagai PENGASAS KESULTANAN JOHOR-RIAU, yakni kesinambungan KERAJAAN MELAYU MELAKA berdasarkan "SALASILAH RAJA-RAJA MELAYU MELAKA".
RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH merupakan zuriat langsung SULTAN MAHMUD SYAH (RAJA MELAKA) sama seperti RAJA MUZAFFAR@SULTAN MUZAFFAR SYAH (RAJA PERAK).
Sewaktu mendirikan kerajaan di Kota Johor Lama (di Tanjung Batu - tepi Sg. Johor), SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH dan KOTA JOHOR LAMA diserang oleh ACEH, lalu tewas. SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ditangkap, dan dibawa ke Aceh, lalu dihukum bunuh (1564M).
Sumber :
(1)
Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.
No comments:
Post a Comment