FEB. 1685M
Setelah mangkat SULTAN IBRAHIM SHAH, puteranya RAJA MAHMUD yang berusia 10 Tahun diangkat sebagai RAJA JOHOR-RIAU X dengan gelaran SULTAN MAHMUD SHAH II, bersemayam di Riau.
Oleh sebab SULTAN MAHMUD SHAH II masih kecil, maka Bondanya (Anak Paduka Tun Abdul Jamil) yang memangku kerajaan, tetapi orang yang sebenar berkuasa dalam KERAJAAN JOHOR-RIAU ialah PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL mengatasi BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID, dan TEMENGGUNG JOHOR (Anak Paduka Tun Abdul Jamil).
1688M
BENDAHARA TUN HABIB ABDUL MAJID kembali berkuasa setelah PADUKA RAJA TUN ABDUL JAMIL dapat disingkirkan daripada kerajaan, dan kemudiannya meninggal dunia di Terengganu. SULTAN MAHMUD SHAH II yang sudah berusia 13 Tahun selanjutnya telah dibawa bersemayam di KOTA TINGGI oleh Bendahara Johor-Riau.
1697M
Sewaktu SULTAN MAHMUD SHAH II berusia 22 Tahun, BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID (Bendahara Johor-Riau) telah kembali ke Rahmatullah, dan beliau dimakamkan di Padang Saujana, Kota Tinggi, Johor.
Putera Al-Marhum yang bernama TUN ABDUL JALIL kemudian dilantik oleh ORANG-ORANG BESAR JOHOR sebagai BENDAHARA JOHOR-RIAU dengan gelaran BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL.
SULTAN MAHMUD SHAH II, seorang RAJA JOHOR-RIAU yang amat lemah kerana tidak menghiraukan Pentadbiran Kerajaan Johor-Riau. Segala hal-ehwal pemerintahan kerajaan dijalankan oleh Bendahara Johor-Riau sahaja.
1699M
Ketika usia Baginda 24 Tahun, SULTAN MAHMUD SHAH II mangkat ditikam oleh MEGAT SERI RAMA kerana Baginda telah membunuh isteri Laksamana yang mengidam dan memakan nangka yang dipersembahkan untuk Baginda.
Peristiwa Pembunuhan Sultan Mahmud Shah II
Pembunuhan ini berlaku sewaktu berangkat pulang selepas Solat Jumaat di halaman Istana Kota Tinggi (Johor). Laksamana Megat Seri Rama yang kematian isteri dibunuh atas titah perintah Sultan Mahmud Shah II yang bersikap zalim dan bengis. Dengan kemarahan yang amat sangat lalu laksamana itu menikam perut Baginda Sultan semasa berada di atas usongan. Sewaktu Baginda mahu rebah, sempat Baginda melemparkan keris kecilnya yang bergambar Jawa Demam kena hujung jari induk Megat Seri Rama.
Baginda Sultan Mahmud Shah II mangkat tidak lama selepas itu, tetapi Megat Seri Rama meninggal dunia 40 hari kemudian setelah mengamok dalam Istana Sultan (Kota Tinggi) sehingga seorang pun keturunan Sultan Mahmud Shah II tidak ditinggalkannya, habis dibunuh semuanya kecuali ISTERI Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II yang bernama ENCIK PONG (Puteri kepada Dato' Laksamana Maharaja Serkam Johor) yang sempat melarikan diri ke SINGAPURA --- JAMBI --- ke PAGARRUYUNG (MINANGKABAU) di Sumatera..
Jenazah Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II dimakamkan di Kota Tinggi dengan penuh Adat-Istiadat Diraja. Bagindalah disebut MARHUM MANGKAT DIJULANG. Peristiwa ini berlaku sekitar penghujung Bulan Ogos 1699M. Al-Marhum Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun.
Keberanian Megat Seri Rama menderhaka dan seterusnya membunuh Sultan Mahmud Shah II adalah dengan kebenaran BENDAHARA PADUKA RAJA TUN ABDUL JALIL (Putera BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HABIB ABDUL MAJID) yang menjadi BENDAHARA JOHOR-RIAU ketika itu seperti yang terkandung dalam Buyong Adil (1980), Sejarah Johor, Kuala Lumpur : DBP.
Maka apabila khabar itu (kematian isteri) kepada suaminya (Megat Seri Rama), maka ia (Megat Seri Rama) pun menangislah serta hilang akalnya, meradang sebab marahnya. Maka lalu dia mendapatlan Dato' Bendahara (Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil), maka dimaklumkan bahawa dia hendak membalas dendam kematian isterinya itu, seraya berkata, "Jikalau Dato' hendak menjadi RAJA. inilah ketikanya, yang diperhamba hendak menderhaka, tiada boleh tiada." Maka bermesyuaratlah Dato' Bendahara dengan saudaranya Temenggung dan Indera Bongsu, bersatulah mereka membenarkan Megat Seri Rama itu (menderhaka) kerana Orang-Orang Besar Johor pun suka jika Bendahara Johor-Riau menjadi RAJA.
No comments:
Post a Comment