Disember 1613M
SULTAN ISKANDAR MUDA (RAJA ACEH) telah menghantar satu angkatan Aceh mengandungi 30 puluh perahu besar membawa sekitar 2,000 Tentera Aceh ke Batu Sawar (Johor) di bawah pimpinan Orang Besar Aceh, ORANG KAYA LELA WANGSA untuk membangunkan semula Batu Sawar yang musnah teruk akibat peperangan Aceh-Johor, mengiringi dan menabalkan RAJA ABDULLAH (Adinda Sultan Alauddin Riayat Shah III@Raja Mansor) yang ke Aceh itu menjadi RAJA JOHOR-RIAU.
Manakala BENDAHARA PADUKA RAJA TUN SERI LANANG kekal tinggal di Aceh sambil menyambung kerjanya menyusun dan memperbaiki naskah SULALATUS-SALATIN (SEJARAH MELAYU) yang telah dimulakan di Pasir Raja (Johor) dahulu. Masa inilah, Tun Seri Lanang berpeluang berkenalan dengan pengarang-pengarang dan ulamak-ulamak Aceh.
No comments:
Post a Comment