Thursday, 31 January 2013

(031) SULTAN ABDUL JALIL RI'AYAT SYAH I - RAJA JOHOR III (1570-1571M)

Pengganti SULTAN MUZAFFAR SYAH yang mangkat (1570M) ialah puteranya bergelar SULTAN ABDUL JALIL RI'AYAT SYAH I, berusia 8 tahun.  Oleh kerana baginda terlalu kecil, maka segala urusan pemerintahan dan pentadbiran KERAJAAN JOHOR-RIAU dilakukan sepenunya oleh BENDAHARA SERI MAHARAJA TUN HISAP MISAI.

Walau bagaimanapun, setelah 1 tahun memerintah, SULTAN ABDUL JALIL SYAH I telah mangkat (1571M).

Sumber :
(1) Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.

Wednesday, 30 January 2013

(030) RADEN BADAR@SULTAN MUZAFFAR SYAH - RAJA JOHOR-RIAU II (1564-1570M)

Setelah kemangkatan SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH di Aceh, Sultan Aceh memperkenankan agar putera al-marhum yang bernama RADEN BADAR dilantik sebagai RAJA JOHOR-RIAU II (1564M) dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH.

Selepas setahun bersemayam di Kota Johor Lama, SULTAN MUZAFFAR SYAH memindahkan pusat pemerintahannya ke Seluyut sehinggalah baginda mangkat di sana (1570M).

Sumber :
(1) Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.

Tuesday, 29 January 2013

(029) RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH - PENGASAS KERAJAAN JOHOR-RIAU@ RAJA JOHOR-RIAU I (1528-1564M)

Setelah SULTAN MAHMUD SYAH mangkat (1528M) di Kampar (Sumatera), seorang puteranya bernama RAJA ALI telah diangkat menjadi pewaris dan penerus takhta KERAJAAN MELAYU MELAKA dengan gelaran SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH.  Sebaik sahaja dilantik sebagai RAJA, baginda lalu bertolak dari Kampar ke Pahang dan akhirnya mendirikan kerajaan di Sayong Pinang (Johor).

Putera MARHUM KAMPAR@SULTAN MAHMUD SYAH inilah sebenarnya sebagai PENGASAS KESULTANAN JOHOR-RIAU, yakni kesinambungan KERAJAAN MELAYU MELAKA berdasarkan "SALASILAH RAJA-RAJA MELAYU MELAKA".

RAJA ALI@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH merupakan zuriat langsung SULTAN MAHMUD SYAH (RAJA MELAKA) sama seperti RAJA MUZAFFAR@SULTAN MUZAFFAR SYAH (RAJA PERAK).

Sewaktu mendirikan kerajaan di Kota Johor Lama (di Tanjung Batu - tepi Sg. Johor),  SULTAN  ALAUDDIN RI'AYAT SYAH dan KOTA JOHOR LAMA diserang oleh ACEH, lalu tewas.  SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ditangkap, dan dibawa ke Aceh, lalu dihukum bunuh (1564M).  

Sumber :
(1) Asyaari Muhamad (ATMA), Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga : Sejarah dan Warisannya, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005.

Monday, 28 January 2013

(028) RAJA MAHMUD@SULTAN MAHMUD SYAH - RAJA MELAKA VIII (1481-1511M)

RAJA MAHMUD telah diangkat sebagai RAJA MELAKA VIII dengan gelaran SULTAN MAHMUD SYAH (1481M) ketika baginda masih budak.  Ketika itu, SULTAN MAHMUD SYAH yang masih budak dijaga rapi oleh BENDAHARA PADUKA RAJA TUN PERAK dan ORANG KAYA LAKSAMANA HANG TUAH.

Kemudian setelah meningkat dewasa, SULTAN MAHMUD SYAH telah berkahwin dengan PUTERI (Puteri SULTAN MUHAMMAD SYAH - RAJA PAHANG I).

Kemudian, SULTAN MAHMUD SYAH juga telah mengahwini 2 orang gundik : TUN SABARIAH (Puteri ORANG KAYA LAKSAMANA HANG TUAH) dan TUN IRAM SENDARI.

Sejurus sebelum Portugis menyerang Kota Melaka, SULTAN MAHMUD SYAH dikatakan menyerahkan takhta Melaka kepada puteranya, RAJA AHMAD.  Namun begitu, putera ini kemudiannya dihukum bunuh oleh ayahandanya, SULTAN MAHMUD SYAH.

Sesudah itu, SULTAN MAHMUD SYAH kembali memerintah KERAJAAN MELAYU MELAKA berpusat di KAMPAR, di salah sebuah jajahan takluk Melaka.

Sewaktu Sultan Mahmud Syah di Kampar inilah, TUN SABAN BALIK@RADEN SAPIRO, ahli Sufi (Putera RADEN MULKIN@SERI MAHARAJA JIN) - keturunan Majapahit), ORANG KAYA PERAK telah mengadap baginda, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak.  Baginda telah berkenan menghantar puteranya RAJA MUZAFFAR untuk dirajakan di Perak dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH (1528M).  Daripada keturunan SULTAN MUZAFFAR SYAH inilah berkesinambungan lahirnya zuriat langsung RAJA MELAYU MELAKA di PERAK berkekalan hingga sekarang.

Tidak lama kemudian, SULTAN MAHMUD SYAH telah mangkat di KAMPAR (1528M).

Adapun TUN SABAN BALIK@RADEN SAPIRO yang diam di Ulu Perak (1520M) mempunyai 2 orang adik perempuan : TUN@RADEN MALOGA@TO' TEMONG berkahwin dengan TO' BUSUR PUTIH@TO' PUTIH JEMBAL@TO' CANGKAT PELANDOK@TUN SAMAD PANJANG JANGGUT (dari Pattani Besar), dan TUN@RADEN SERI KANDIS yang berkahwin dengan ABDURRAHMAN WALI GUNUNG PONDOK (ayahanda MEGAT TERAWIS).   Wallahualam..

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasn Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.
(3) Meor Ahmad Tajuddin Meor Mazlan (2005), Tun Saban Balik & Pembesar Melayu Perak, Perak : Yayasan Perak.
(3) Prof. Dr. Othman Yatim (UM), Sejarah Kesultanan Perak : Unsur-Unsur Kebudayaan Dalam Misa Melayu, Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultana  Melayu Nusantara, Lembaga Muzium Pahang-ATMA (UKM), 2005. 

Sunday, 27 January 2013

(027) RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH - RAJA MELAKA VII (1449-1481M)

RAJA HUSIN (Bondanya kerabat BENDAHARA TUN PERAK - keturunan diraja Melayu Melaka-Sriwijaya) telah dilantik sebagai RAJA MELAKA VII (1449M) sebaik sahaja kemangkatan ayahandanya, SULTAN MANSUR SYAH. Semasa baginda naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH telah pun berkahwin dengan kerabat diraja. Hasil perkahwinan tersebut, baginda mempunyai 2 orang putera : RAJA MENAWAR dan RAJA ZAINAL. RAJA MENAWAR kemudian telah dirajakan di KAMPAR (SUMATERA) bergelar SULTAN MENAWAR SYAH.

Kemudian, setelah naik takhta, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH berkahwin pula dengan TUN SENAJA (Puteri SERI NARA DIRAJA TUN ALI-TUN KUDU). Hasil perkahwinan RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH-TUN SENAJA melahirkan 2 orang puteri, seorang putera : (1) RAJA HITAM (P), (2) RAJA MAHMUD (L) dan (3) RAJA FATIMAH (P). RAJA FATIMAH kemudian dikahwinkan dengan RAJA ABDUL JAMIL (Putera SULTAN MUHAMMAD SYAH - RAJA PAHANG).

Selain itu, RAJA HUSIN@SULTAN ALAUDDIN RI'AYAT SYAH ada juga mengahwini seorang GUNDIK (rakyat biasa). Hasil perkahwinan ini telah melahirkan seorang puteri, PUTERI BAKAL yang dijodohkan dengan RAJA MERLANG (INDERAGIRI). Cucunya yang bernama RAJA NARA SINGA kemudian naik takhta di INDERAGIRI dengan gelaran SULTAN ABDUL JALIL.

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail, Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Saturday, 26 January 2013

(026) RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSOR SYAH - RAJA MELAKA VI (1378-1449M)

RAJA ABDULLAH telah dilantik menjadi RAJA MELAKA VI (1378M) dengan gelaran SULTAN MANSUR SYAH. Sewaktu naik takhta itu, RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH berusia 27 tahun.

RAJA ABDULLAH@SULYAN MANSUR SYAH telah berkahwin dengan TUN PUTIH NUR PUALAM (Puteri SERI NARA DIRAJA TUN ALI). Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-TUN PUTIH NUR PUALAM telah melahirkan 2 orang puteri : RAJA MAHADEWI dan RAJA CENDERADEWI, serta beberapa orang putera. RAJA MAHADEWI kemudian berkahwin dengan MEGAT KUDU (KERAJAAN SIAK) dan menjadi PERMAISURI SIAK apabila MEGAT KUDU ditabalkan menjadi RAJA SIAK dengan gelaran SULTAN IBRAHIM. Hasil perkahwinan RAJA MAHADEWI-SULTAN IBRAHIM melahirkan seorang putera bernama RAJA ABDULLAH (SIAK).

RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH juga turut mengahwini Puteri Pahang, PUTERI LELA WANGSA@WANANG SERI (Puteri MAHARAJA DEWA SURA - keturunan Siam). Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-PUTERI LELA WANGSA melahirkan 2 orang putera, RAJA AHMAD dan RAJA MUHAMMAD. RAJA MUHAMMAD ibni SULTAN MANSUR SYAH kemudiannya dirajakan di Pahang sebagai RAJA PAHANG I.

Kemudian baginda berkahwin pula dengan PUTERI (salah seorang kerabat TUN PERAK). Hasil perkahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-PUTERI (kerabat TUN PERAK) telah melahirkan seorang putera, yakni : RAJA HUSSAIN@RAJA HUSIN.

Selain itu, RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH berkahwin pula dengan RADEN GALOH CENDERA KIRANA (Puteri BETARA MAJAPAHIT). Hasil perlahwinan RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSUR SYAH-RADEN GALOH CENDERA KIRANA melahirkan seorang putera, bernama RADEN KELANG.  Namun  begitu, RADEN KELANG telah mangkat dalam satu pertarungan di Kampung Keling.

RAJA ABDULLAH@SULTAN MANSOR SYAH juga telah berkahwin dengan PUTERI HANG LI PO (Puteri MAHARAJA CHINA) melahirkan seorang putera yang diberi nama PADUKA MIMAT, tetapi kemudiannya mangkat dalam usia remaja.

Sumber :
(1)Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262M : Penemuan Fakta terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Ojtober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.

Friday, 25 January 2013

(025) SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM - RAJA MELAKA IV (1340-1378M)

RAJA KASSIM telah naik takhta sebagai RAJA MELAKA IV dengan gelaran SULTAN MUZAFFAR SYAH (1340M).

Hasil perkahwinan SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM-PUTERI (Puteri SERI AMAR DIRAJA RADEN ANUM) telah melahirkan seorang putera, RAJA ABDULLAH.

Setelah itu, SULTAN MUZAFFAR@RAJA KASSIM telah berkahwin pula dengan TUN KUDU (Puteri BENDAHARA SERI WAK RAJA II TUN PERPATIH SEDANG. Pada masa yang sama, SULTAN MUZAFFAR telah melantik TUN PERAK sebagai PERDANA MENTERI, dan kemudian sebagai BENDAHARA MELAKA dengan gelaran SERI PADUKA RAJA.

SULTAN MUZAFFAR SYAH@RAJA KASSIM telah mangkat pada tahun 1378M setelah memerintah selama 38 tahun (1340-1378M).

Sumber :
(1) Prof. Madya Dr. Abd Rahman Ismail (USM), Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka 1262: Penemuan Fakta Terkini, Seminar Melaka Merentas Zaman (1262-2010M) pada 17 Oktober, 2011 di Seri Negeri, Melaka.
(2) Ismail Azman Omar (2009), Perkahwinan dan Kekeluargaan Raja-Raja Melayu Dalam Sejarah Melayu, Shah Alam : KARISMA SDN BHD.